Page 144 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 144

8.4                 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem

                                      Respirasi Manusia


                                      Chronic Obstructive Pulmonary Disease  (COPD)  ialah penyakit yang
                                      merangkumi penyakit asma, bronkitis kronik  dan  emfisema.  Dalam
                   Zon Aktiviti
                                      penyakit  emfisema, alveolus hilang kekenyalan dan saiz bertambah.
                 Bincang tentang      Dinding alveolus rosak, jumlah luas permukaan alveolus berkurang dan
                 faktor-faktor        pertukaran gas menjadi kurang efisien.
                 penyebab dan
                 kaedah rawatan       Dalam penyakit bronkitis  kronik, bronkiol menjadi radang, bengkak
                 untuk penyakit asma,   dan tersumbat. Ini mengurangkan aliran udara dan menyukarkan
                 bronkitis kronik     pernafasan. Mukus yang banyak terbentuk pula menyebabkan batuk
                 dan emfisema.        berterusan. Silium yang rosak menyukarkan penyingkiran mukus.
                                      Bagi pesakit asma, dinding bronkiol menjadi bengkak dan menebal.
                                      Bukaan tiub bronkiol menjadi kecil dan laluan udara menjadi sempit.
                      Bronkiol normal
                                      Keadaan ini juga menyukarkan pernafasan dan menyebabkan pesakit
                                      sesak nafas. Rajah 8.7 menunjukkan paru-paru pesakit COPD.
                                                                                 keradangan
                                                                                 bronkiol pesakit
                                              Bronkiol pesakit                   menghasilkan
                                             asma                                mukus yang
                                                                                 berlebihan


               laluan udara
               normal
                                                                          Bronkiol normal
                                                                                           Bronkiol pesakit
                laluan udara
                             dinding bronkiol                                              bronkitis kronik
                menjadi sempit
                             pesakit menjadi
                             bengkak dan                                                        dinding
                             menebal                                                 bronkiol   alveolus
                                                                                     menjadi    rosak
                                                                                     sempit








                                                RAJAH 8.7 Penyakit COPD
                                                                                  Alveolus      Alveolus
                                                                                 normal        pesakit
                Praktis Formatif      8.4                                                     emfisema
                   1  Apakah kesan penyakit bronkitis kronik     3  Bagaimanakah penggunaan alat sedut
                    terhadap bronkiol?                         membantu seseorang pesakit asma bernafas?
                   2  Jelaskan keadaan dinding bronkiol      4  Terangkan mengapa pertukaran gas menjadi
                    pesakit asma.                              kurang efisien bagi pesakit yang menghidap
                                                               penyakit emfisema.

                138                                                                               8.4.1
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149