Page 16 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 16

PENGENDALIAN BARANGAN KACA DAN                PENGENDALIAN SPESIMEN HIDUP
                              BAHAN KIMIA
                                                             •   Guna sarung tangan yang sesuai ketika
                 •   Berjaga-jaga apabila mengendalikan         mengendalikan spesimen biologi.
                    barangan kaca panas.                     •   Spesimen yang tidak berbahaya dan
                 •   Laporkan sebarang kerosakan peralatan      telah dibedah hendaklah ditanam atau
                    atau barangan kaca kepada guru              disejukbeku.
                    dengan segera.                           •   Cuci tangan dengan bahan pencuci
                 •   Jauhkan bahan kimia mudah terbakar         antiseptik sebelum dan selepas eksperimen.
                    daripada sumber nyalaan api.             •   Semua permukaan dan tempat kerja
                 •   Dilarang menyentuh, merasa dan menghidu    hendaklah dibersihkan dengan disinfektan
                    bahan kimia secara langsung.                sebelum meninggalkan makmal.


                                               BANTUAN KECEMASAN
                 Prosedur berikut perlu dipatuhi sekiranya berlaku kemalangan:
                 •   Maklumkan kepada guru.
                 •   Hubungi talian kecemasan.
                 •   Pindahkan mangsa dari tempat kejadian.
                 •   Beri rawatan kecemasan.
                 •   Jadikan tempat kemalangan kawasan larangan.




               Amalan Sikap Saintifik dan Nilai Murni

               Amalan sikap saintifik dan nilai murni semasa   •   Bertanggungjawab terhadap keselamatan
               menjalankan penyiasatan saintifik:            diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.
               •   Minat dan sifat ingin tahu tentang    •   Menghargai dan mengamalkan kehidupan
                   alam sekeliling.                          yang bersih dan sihat.
               •   Jujur dan tepat dalam merekod serta   •   Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
                   mengesahkan data.                     •   Berfikiran kritis dan analitis.
               •   Rajin dan tabah dalam menjalankan
                   sesuatu kajian.







                Praktis Formatif      1.2
                    1  Nyatakan tiga contoh peralatan           3  Suatu kemalangan telah berlaku di dalam
                      perlindungan diri di dalam makmal serta    makmal melibatkan tumpahan merkuri.
                      fungsinya.                                 Terangkan langkah-langkah menguruskan
                    2  Selepas menjalankan eksperimen, anda      tumpahan merkuri.
                      diberi tugasan untuk menguruskan bahan     4  Bahan kimia perlu dikendalikan dengan
                      sisa biologi kategori B (sisa tidak tajam).   cermat untuk mengelakkan daripada
                      Fikirkan cara yang terbaik agar bahan      terjadinya kemalangan yang tidak diingini.
                      sisa biologi tersebut tidak menjejaskan    Senaraikan langkah-langkah pengendalian
                      alam sekitar.                              bahan kimia yang betul.


                10                                                                                1.2.6
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21