Page 249 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 249

Soalan Esei

                     7  Terangkan kesan dadah perangsang dan dadah penenang terhadap penghantaran impuls
                       melalui sinaps.


                     8  (a)   (i)  Banding dan bezakan antara sistem saraf dengan sistem endokrin.
                           (ii)  Nora terpijak paku secara tidak sengaja. Dia menjerit sambil memegang kaki yang
                               terluka. Huraikan gerak balas Nora apabila terpijak paku tersebut.
                       (b)  Selepas minum petang, Azman pergi ke taman permainan untuk menunggang basikal.
                          Semasa dia sedang menunggang basikal, Azman sedar akan tindakan yang dilakukan
                          olehnya. Akan tetapi, dia tidak sedar apa yang sedang berlaku kepada makanan yang
                          baru selesai dimakan.
                           Huraikan mengapa Azman sedar tentang tindakannya apabila dia menunggang basikal
                          tetapi tidak sedar apa yang sedang berlaku kepada makanan yang telah dimakan.

                   Sudut Pengayaan

                     9  Bagaimanakah otak membuat keputusan menentukan berapa banyak tenaga yang
                       diperlukan untuk mengangkat sehelai kertas berbanding dengan sebuah buku?


                    10  Jelaskan mengapa kita perlu memahami dan menunjukkan tahap kesabaran yang tinggi
                       apabila menjaga seorang pesakit Alzheimer atau pesakit Parkinson.






                                                                                Jawapan lengkap boleh
                                                                                didapati dengan mengimbas
                                                                                kod QR yang disediakan





























                                                                                                    243
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254