Page 292 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 292
15.1 Sistem Pembiakan Manusia
Sistem pembiakan lelaki dan perempuan
Kesinambungan sesuatu spesies adalah terjamin dengan pertambahan
populasi melalui proses pembiakan seks atau aseks. Pembiakan seks
melibatkan penghasilan gamet jantan dan gamet betina oleh individu
yang telah mencapai kematangan seks. Proses ini dilengkapkan oleh
proses persenyawaan kedua-dua gamet untuk menghasilkan individu
baharu. Struktur dan fungsi sistem pembiakan perempuan dan lelaki
ditunjukkan di dalam Rajah 15.1 dan Rajah 15.2 masing-masing.
UTERUS
TIUB FALOPIO
• Organ berdinding tebal serta berotot.
• Dinding uterus dilapisi tisu • Satu saluran berotot nipis.
endometrium, bermukus dan kaya • Bahagian dinding dalamnya
dengan salur darah. dilapisi oleh silium.
• Embrio menempel pada endometrium. • Tindakan silium dan peristalsis
• Tisu endometrium yang tebal dan kaya otot tiub Falopio membantu
dengan salur darah membekalkan menggerakkan oosit sekunder
nutrien dan oksigen kepada embrio. atau embrio ke uterus.
OVARI
Organ pembiakan perempuan
yang menghasilkan ovum
(gamet betina) dan hormon
seks perempuan iaitu
estrogen dan progesteron.
FARAJ
Saluran masuk sperma
serta laluan keluar haid SERVIKS
dan kelahiran anak.
Bukaan sempit uterus yang
merembeskan mukus untuk
membantu sperma berenang dengan
mudah ke arah tiub Falopio.
RAJAH 15.1 Sistem pembiakan perempuan
286 15.1.1

