Page 299 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 299

Praktis Formatif     15.2
                    1  Apakah kemungkinan yang berlaku jika     2  Terangkan tiga perbezaan antara
                      gametogenesis tidak berlaku?               spermatogenesis dengan oogenesis.



                                         Kitar Haid
                15.3

                                         Peranan hormon dalam kitar haid



                                                                   KITAR HAID
                   Lensa Biologi
                                          Kitar haid melibatkan pembentukan oosit sekunder dan perubahan
                   Salah satu kesan       ketebalan endometrium mengikut satu kitaran. Dalam kitaran ini,
                   kekurangan             endometrium menjadi lembut dan tebal serta kaya dengan bekalan salur
                   estrogen ialah         darah. Ini adalah persediaan endometrium untuk penempelan embrio.
                   badan akan             Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, oosit sekunder akan mati dan
                   kehilangan
                   kalsium yang           endometrium akan terurai. Ini menyebabkan pendarahan iaitu haid.
                   mengakibatkan
                   kepadatan tulang     Fungsi hormon dalam kitar haid ditunjukkan dalam Jadual 15.2.
                   berkurang dan
                   menjadi rapuh                    JADUAL 15.2 Peranan hormon yang terlibat dalam kitar haid
                   serta poros.           Kelenjar   Hormon                     Fungsi
                   Keadaan ini
                   dikenali sebagai       Pituitari  Hormon     •  Merangsang perkembangan folikel di dalam
                   osteoporosis.                   perangsang     ovari.
                                                   folikel (FSH)  •  Merangsang perembesan estrogen.

                                                   Hormon       •  Merangsang ovulasi.
                                                   peluteinan   •  Menyebabkan pembentukan korpus luteum.
                                                   (LH)         •  Merangsang perembesan progesteron.

                                          Ovari                 •  Memulih dan memperbaiki endometrium
                  Kerjaya Milenia
                 Kerjaya Milenia
                                                                  serta merangsang penebalan endometrium.
                  Ahli obstetrik dan                            •  Merangsang perkembangan folikel sehingga
                  ginekologi ialah                 Estrogen       mencapai kematangan.
                  doktor pakar dalam                            •  Merangsang perembesan FSH dan LH
                  bidang pembiakan                                sebelum ovulasi.
                  dan sakit puan.
                                                                •  Merangsang penebalan endometrium
                                                                  dengan menjadikannya tebal, berlipat-
                                                                  lipat dan kaya dengan salur darah bagi
                                                   Progesteron    persediaan untuk penempelan embrio.
                                                                •  Merencat rembesan FSH dan LH untuk
                                                                  menyekat perkembangan folikel dan
                                                                                                              BAB 15
                                                                  menghalang ovulasi.

                                        Perubahan aras hormon, perkembangan folikel dan perubahan ketebalan
                                        endometrium sepanjang satu kitar haid ditunjukkan di dalam Rajah 15.9.

                  15.3.1                                                                            293
   294   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304