Page 44 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 44
Setiap organisma multisel terdiri daripada
SISTEM ENDOKRIN
banyak organ. Organ yang berlainan bekerja
secara bersepadu untuk melakukan sesuatu • Kelenjar endokrin yang
fungsi khusus membentuk satu sistem organ. merembeskan hormon
Fungsi utama
Terdapat 11 sistem organ utama di dalam badan
manusia (Rajah 2.7) iaitu sistem respirasi, sistem • Mengkoordinasi aktiviti
badan bersama-sama
pencernaan, sistem peredaran darah, sistem
dengan sistem saraf
limfa, sistem saraf, sistem integumen, sistem
endokrin, sistem rangka, sistem otot, sistem
urinari dan sistem pembiakan.
SISTEM RESPIRASI
• Trakea, hidung, peparu dan diafragma
Fungsi utama
• Pertukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida
antara badan dengan persekitaran luar
SISTEM OTOT
• Otot rangka, otot licin dan otot kardium
Fungsi utama
• Mengecut dan mengendur untuk menghasilkan
pergerakan bahagian badan yang berlainan
SISTEM PEMBIAKAN LELAKI
• Testis, kelenjar prostat dan zakar
Fungsi utama SISTEM LIMFA
• Menghasilkan sperma dan hormon
• Limpa, nodus limfa dan salur
seks lelaki
limfa
Fungsi utama
• Mengekalkan keseimbangan
SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN
bendalir badan dan
mencegah jangkitan penyakit
• Ovari, uterus, tiub Falopio, faraj dan
serviks
Fungsi utama
• Menghasilkan ovum dan hormon seks
perempuan RAJAH 2.7 Sistem organ utama di dalam
badan manusia
38 2.4.1 2.4.2 2.4.3

