Page 54 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 54
Kerjaya Milenia
Sifat ketelapan membran plasma
Ahli biokimia yang
mengkhusus dalam
bidang biologi Sesuatu membran dikatakan telap terhadap sesuatu bahan sekiranya
molekul dan sel membran tersebut membenarkan bahan itu bergerak merentasinya
boleh bekerja secara bebas. Sebaliknya, membran dikatakan tidak telap sekiranya
dalam industri sesuatu bahan tidak berupaya merentasinya. Membran plasma ialah
farmaseutikal, membran yang bersifat telap memilih. Apakah yang dimaksudkan
bioteknologi dan dengan membran telap memilih? Membran telap memilih hanya
forensik.
membenarkan pergerakan bebas sesetengah bahan merentasinya dan
menghalang atau mengehadkan pergerakan bahan yang lain.
Membran plasma mempunyai sifat telap memilih disebabkan struktur
binaannya. Lapisan fosfolipid dan protein menentukan ciri ketelapan
membran terhadap bahan-bahan tertentu. Kita akan mempelajari
ciri-ciri bahan yang dapat merentasi membran plasma dalam unit
selanjutnya.
Praktis Formatif 3.1
1 Apakah dua komponen utama membran plasma?
2 Terangkan maksud model mozek bendalir.
TMK 3.2
3 Ramalkan apa yang akan berlaku kepada membran plasma
Video: Model sekiranya tiada kolesterol.
mozek bendalir
membran plasma 4 Terangkan peranan fosfolipid dan protein dalam menentukan sifat
(Dicapai pada 21 Ogos 2019) ketelapan membran plasma.
48 3.1.4

