Page 72 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 72

Konsep pergerakan bahan merentasi membran plasma mempunyai pelbagai
               aplikasi dalam kehidupan harian kita seperti contoh-contoh berikut.


               Minuman penghidratan semula seperti           Larutan saline yang digunakan dalam
               garam penghidratan oral                       perubatan lazimnya merupakan larutan
               dapat mengembalikan                           isotonik terhadap plasma darah. Larutan
               kehilangan air dan                            saline mengandungi 0.85–0.90 g natrium
               elektrolit dalam individu                     klorida per 100 ml.
               yang mengalami cirit-birit.

                                                                                    ubat yang tidak larut
                                                                                    dalam air diangkut di
                                                                                    kawasan hidrofobik

                                                                                     ubat yang larut
                                       Minuman isotonik
                                                                                     dalam air diangkut
                                       bagi atlet dapat                              di kawasan hidrofilik
                                       mengganti bendalir
                                       serta elektrolit seperti
                                       kalium dan natrium
                                                             Liposom ialah vesikel yang mengandungi larutan
                                       badan yang hilang     akues dikelilingi oleh membran dwilapisan
                                       melalui perpeluhan.
                                                             fosfolipid. Liposom digunakan untuk melindungi
                                                             ubatan atau bahan aktif yang dimakan secara oral
                                                             daripada dimusnahkan oleh jus gaster. Dengan
                                                             cara ini, ubat dapat sampai ke sel sasaran.


                                                                             membran
               Osmosis berbalik ialah teknologi yang biasa      tekanan    telap memilih
               digunakan untuk memperoleh air tawar daripada air   dikenakan
               laut melalui proses penyahgaraman. Dalam peralatan
               osmosis berbalik, tekanan dikenakan ke atas air laut   air                      air tawar
               untuk melalui membran telap memilih. Membran ini   laut                         keluar
               membenarkan molekul air melaluinya manakala zarah   masuk
               bendasing, garam dan mikroorganisma dihalang.
               Maka air yang keluar ialah air tawar yang tulen.  zarah bendasing   molekul air
                                                                dan mikroorganisma


                   Zon Aktiviti
                                        Praktis Formatif      3.4
                 Kaji proses osmosis
                 berbalik dalam            1  Terangkan mengapa pengawetan cili hijau menggunakan cuka
                 penulenan air.             dan gula.
                                           2  Jeruk nanas disediakan dengan merendam kepingan nanas dalam
                                            larutan gula pekat. Nyatakan dua kebaikan dan dua keburukan
                                            kaedah ini berbanding dengan menyimpan nanas segar.
                                           3  Ariana mengalami cirit-birit setelah makan makanan yang telah basi.
                                            Cadangkan satu bahan yang boleh membantunya kembali sembuh.
                                           4  Liposom ialah vesikel yang mengandungi larutan akues dikelilingi
                     TMK 3.4                oleh membran dwilapisan fosfolipid. Terangkan kegunaan liposom
                                            dalam kehidupan harian.
                 Video: Aplikasi liposom
               (Dicapai pada 21 Ogos 2019)
                                                                                           3.4.3  3.4.4
                66
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77