Page 81 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 81

Polisakarida
                 Polisakarida  ialah gula polimer yang
                 terdiri daripada monomer monosakarida.
                 Seperti disakarida, polisakarida terbentuk
                 melalui proses kondensasi dan melibatkan beratus-ratus monosakarida
                 untuk membentuk rantai molekul yang panjang. Polisakarida tidak
                 larut dalam air kerana saiz molekulnya yang besar. Polisakarida tidak
                                                                                          TMK 4.2
                                                                                          TMK 4.2
                 mempunyai rasa manis dan tidak menghablur.
                                                                                       Kuiz: Uji pemahaman
                 Polisakarida juga boleh diurai melalui hidrolisis dengan bantuan asid   anda mengenai
                 cair, pendidihan dan tindakan enzim. Polisakarida memainkan pelbagai     karbohidrat
                 peranan di dalam organisma.                                                                  BAB 4
                 Kepentingan karbohidrat dalam sel

                 •   Sebagai sumber tenaga, contohnya glukosa
                 •   Sebagai simpanan makanan, contohnya glikogen dalam sel
                    haiwan dan kanji dalam sel tumbuhan
                 •   Sebagai struktur sokongan, contohnya selulosa pada dinding
                    sel tumbuhan.


                  Selulosa ialah struktur utama
                  dalam dinding sel tumbuhan.
                                                         Kanji ialah polisakarida
                                                         simpanan utama dalam
                dinding sel                              tumbuhan. Kanji juga
                tumbuhan                                 didapati dalam kloroplas.
                                                         Sumber: bijirin, ubi
                                                         kentang dan kekacang.






                                                          Glikogen ialah
                                                          polisakarida simpanan
                                                          utama yang didapati
                                                          dalam sel otot dan sel    GAMBAR FOTO 4.4
                                                                                    Contoh-contoh polisakarida
                                                          hati haiwan.



                                                                                   Dunia Biologi Kita

                  Praktis Formatif      4.2                                         Kitin, sejenis
                                                                                    polisakarida,
                    1  Namakan unsur-unsur yang     3  Berikan contoh-contoh gula   digunakan sebagai
                     terdapat dalam karbohidrat.      penurun dan gula bukan        benang pembedahan.
                    2  Senaraikan jenis-jenis         penurun.                      Kelebihannya, kitin akan
                     karbohidrat utama.             4  Terangkan mengapa sukrosa    terurai selepas luka
                                                      merupakan gula bukan penurun.  yang dijahit sembuh.

                 4.2.3  4.2.5                                                                        75
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86