Page 24 - Microsoft Word - NOTA TING 1 2020 font 10.docx
P. 24
KROLLFAIZALSEJARAHTING12020
§ Berunsurkan luahan perasaan,
hening dan aman
• Pembinaan menara, mihrab dan mimbar
Menara dibina dalam bentuk tirus dan
memuncak tinggi. Bertujuan memastikan
azan didengari dari jarak jauh
Mihrab berfungsi penanda arah kiblat
Mimbar tempat imam membaca khutbah
atau syarahan
• Menggalakkan perhiasan yang indah
Arca yang mempesonakan dan seni khat
yang menakjubkan
Dihiasi kaca bertatah batu permata.
Tujuan mewujudkan rasa tenang,
pelengkap binaan dan memperlihatkan
keunikan seni bina
• Menghasilkan keunikan reka bentuk
Berbentuk melengkung melambangkan
perasaan hormat dan tunduk menjemput
masuk ke dalam masjid
Penggunaan air dan cahaya berfungsi
menimbulkan kesan dari segi penampilan
ruang
• Mempunyai elemen estetika
Diperindah dengan ukiran arabes (corak
pada catan, ukiran kayu, tumbuh-
tumbuhan, haiwan, manusia, geometri)
motif kaligrafi (seni khat), geometri dan
cakerawala (bintang, bulan, matahari)
untuk beri keselesaan dan ketenangan
• Menyesuaikan reka bentuk dengan iklim
setempat
Di Nusantara tingkap tersusun dengan
jumlah yang banyak kerana cuaca yang
panas dan lembap serta hujan yang
kerap. Contoh Masjid Tengkera Melaka
• Menyesuaikan seni bina dengan budaya
setempat
Masjid di China mengambil inspirasi
rumah tradisional, kuil dan istana. Contoh
Masjid Huang Sheng Si di Guangzhou,
Masjid Niu Jei Beijing dan Masjid Zhen-
Jiao Si di Huangzhou
Penggunaan kubah dan struktur bumbung
di masjid zaman Turki Uthmaniyah.
Contoh Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru).
Fungsinya untuk keselamatan dan
memperkukuh struktur daripada
rentangnya yang lebar
Masjid di India pintu gerbang yang besar
sebagai pintu masuk utama, bumbung
berbentuk bawang dan lengkung yang
menirus
24

