Page 3 - BUKU PROGRAM MSSS HOKI
P. 3

PENGENALAN

                 Pandemik  COVID-19  yang  melanda  telah  memberi  ancaman  kepada  kesihatan  dan

                 keselamatan semua negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ini secara langsung telah
                 membentuk norma baharu dalam gerak kerja di semua sektor termasuk sektor pendidikan.
                 Penularan wabak ini turut memberi impak yang besar terhadap pelaksanaan aktiviti dan

                 kejohanan  sukan  di  peringkat  kebangsaan  mahupun  antarabangsa.  Ini  termasuk
                 kejohanan tahunan seperti Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah
                 Negeri (MSSN), MSSM dan kejohanan antarabangsa di bawah pengurusan Asian School

                 Sport Federation (ASSF), Asian School Footbal Federation (ASFF) dan ASEAN Schools
                 Sports Council (ASSC).

                        Bagi  memastikan  pertandingan  sukan  terus  disemarakkan,  pelaksanaan
                 pertandingan  secara  dalam  talian  dilihat  sebagai  alternatif  yang  terbaik  dan  boleh

                 dilaksanakan di pelbagai peringkat tanpa menjejaskan keselamatan murid pada ketika ini.
                 Pelaksanaan pertandingan sukan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada murid

                 sekolah rendah dan menengah untuk mendapat manfaat melalui pencapaian markah dalam



                 sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

                        Pelaksanaan pertandingan secara dalam talian ini adalah sejajar dengan hasrat
                 kerajaan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan murid

                 sekolah.  Pertandingan  kemahiran  ini  akan turut  mematuhi  Prosedur  Operasi  Standard
                 (SOP)  yang  telah  ditetapkan  oleh  Majlis  Keselamatan  Negara  (MKN),  Kementerian
                 Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).



                                                       OBJEKTIF

                       •  Memberi  peluang  kepada  murid  menyertai  pertandingan  di  peringkat  daerah,
                          negeri dan kebangsaan.

                       •  Mewujudkan  pertandingan  secara  dalam  talian  bagi  memastikan  murid  terus
                          bergiat aktif dalam bidang sukan
   1   2   3   4   5   6   7   8