Page 9 - PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN
P. 9

ABDUL RAHMAN LIMBONG



















                 Abdul Rahman bin Abdul Hamid atau dikenali sebagai Abdul Rahman
                     Limbong dilahirkan pada tahun 1868 di Terengganu .
                 Beliau menetang British kerana penguatkuasaan undang-undang binatang
                     buas , peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan

                     aktiviti pertanian . Pada tahun 1922 , Abdul Rahman Limbong bertindak
                     sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap
                     kerana menentang peraturan baharu . Mereka telah membersihkan tanah
                     tanpa mengambil pas kebenaran .
                 Pihak British juga telah mengancam dan mengambil tindakan undang-
                     undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai . Ancaman British
                     untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para petani
                     telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang .

                 Pihak British telah melancarkan serangan dan Abdul Rahman Limbong
                     telah ditangkap . Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah .
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14