Page 11 - Buku Program 2020
P. 11
KEPTAN CAWANGAN MARAN
MESYUARAT AGUNG KALI KE 20
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESATUAN PEMBANTU TADBIR
(PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA CAWANGAN MARAN
KALI KE 19 TAHUN 2019
Tarikh : 30 April 2019
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dhe Rhu Beach Resort
Kuantan
Jumlah Ahli Yang Hadir : 80 orang
Jumlah Ahli Semasa :114 orang
1.0 ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta semua ahli
membaca Ummul Kitab iaitu surah Al Fatihah bagi memberkati
mesyuarat agung pada hari ini.
1.2. Pengerusi mengucapkan salam serta mengalu-alukan kehadiran Ahli
Jawatankuasa, Urusetia Mesyuarat Agung, Juru Audit Dalam dan ahli-ahli
Keptan Cawangan Maran ke Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan Maran
Kali Ke 19 Tahun 2020.
1.3. Pengerusi memaklumkan seramai 81 orang ahli yang hadir daripada 114
orang dan mengucapkan tahniah kerana ahli memberikan komitmen yang
tinggi untuk kesatuan walaupun penginapan dan makan dibayar sendiri oleh
ahli. Mesyuarat agung ini adalah kali pertama dibuat di luar daerah selepas
tiga tahun.
1.4. Pengerusi memaklumkan bahawa Keptan Cawangan Maran telah
mengadakan beberapa aktiviti sepanjang tahun 2019. Begitu juga dengan
Keptan Pusat yang mengadakan beberapa program termasuk perjumpaan
dengan Menteri Pendidikan di Putrajaya.
Makluman
Semua Ahli Mesyuarat
9

