Page 2 - mags 2019 smklbm
P. 2
8:01
smklbm_mags2019
PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan asas yang penting bagi melahirkan seorang murid
yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Kesepaduan antara ilmu
dunia dan akhirat menjadi satu resipi asas bagi menjana modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Menyedari hakikat ini, SMK Luar
Bandar Miri telah mengorak satu langkah untuk mengadakan satu majlis
anugerah bagi menghargai kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh
murid di sini iaitu dengan mengadakan Majlis Anugerah Gemala Sakti.
Justeru itu, majlis ini dirancang bagi menunjukkan penghargaan kepada
mereka atas daya usaha mereka yang telah mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan sebelum ini dan juga memberi motivasi
kepada murid Tingkatan 3, 5 dan 6 akan berusaha dengan lebih tekun
lagi untuk PT3, SPM & STPM. Majlis ini juga bertujuan untuk memberikan
pengiktirafan kepada para murid yang aktif dalam bidang kokurikulum.
smklbm_mags2019 Majlis Anugerah Gemala Sakti 2019 | 30 Oktober
2019| 7.00 pagi-12.30 tengah hari | Dewan Firdausi SMK Luar Bandar Miri
| Dirasmikan oleh YB Encik Ripin bin Haji Lamat, Ahli Dewan Undangan
Negeri N72 Lambir
2

