Page 1 - karnival kelab dan persatuan
P. 1
KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN
KERTAS KERJA
KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN
2021
PENDAHULUAN
Karnival ini diilhamkan oleh sub unit Kelab dan Persatuan sebagai memenuhi aktiviti
kokurikulum pada tahun ini. Murid merupakan bakal pemimpin negara pada masa
hadapan. Oleh itu, potensi mereka harus dikembangkan dan dimantapkan agar mereka
dapat memainkan peranan sebagai pemimpin dengan lebih efektif, inovatif dan kreatif.
Gambaran murid seperti yang dinyatakan di atas membuktikan bahawa program khusus
seperti ini perlu dilaksanakan secara lebih terancang, teratur,dan dinilai secara
berkesinambungan dan berterusan.
RASIONAL
Karnival ini merupakan salah satu program yang dijalankan oleh sub unit Kelab dan
Persatuan sebagai satu usaha untuk memupuk jati diri murid supaya sentiasa cinta akan
negara, bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum di samping membentuk sahsiah diri
menjadi ahli organisasi yang sentiasa bekerjasama dan bersatu padu.
Semoga usaha murni, sub unit kelab dan persatuan ini dapat melahirkan ahli-ahli yang
berketerampilan , memupuk perpaduan dan menjiwai nilai murni sebagai pemimpin pada
masa hadapan.
Sealain itu, program ini juga bermatlamat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, penyayang, berpandangan jauh, berketerampilan,, bertanggungjawab,
berdaya saing dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan diri .
OBJEKTIF
1. Supaya murid dapat mencungkil bakat dalam pelbagai kemahiran dan bidang
2. Bahawa mereka berpotensi menjadi individu, murid dan pemimpin yang
cemerlang.
3. Melahirkan murid yang tinggi nilai Kerjasama dan bersikap positif
4. Menjadikan murid yang memiliki keunggulan, sahsiah dan terlibat aktif dalam
segala bidang.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini ialah semua murid Tahap 2
1 1

