Page 6 - draft buletin edisi 2 bil 1 2022
P. 6

BERITA FAKULTI






     Majlis Menandatangani Memorandum Pelaksanaan (MoU) UPSI, JAIPk dan Yayasan ADDIN



          Pada 12 November 2021 bertempat di Dewan Sri
          Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti
          Pendidikan  Sultan  Idris  telah  menjadi  saksi
          termeterainya perjanjian persefahaman di antara
          Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam
          Perak dan Yayasan ADDIN. Majlis yang gilang gemilang
          ini turut dihadiri seramai 16 orang delegasi dari Jabatan
          Agama Islam Perak dan 10 orang delegasi dari Yayasan
          ADDIN. Turut hadir sama Tuan Hj. Mohamad Najib bin
          Haji Mohamed, Bendahari, UPSI, wakil Perpustakawan
          UPSI dan Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi
          Korparat, UPSI serta barisan ahli pengurusan fakulti.
          Dokumen perjanjian ini dengan rasminya telah
          ditandatangani oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin
          bin Md Taff, Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan
          Idris dan disaksikan oleh Encik Helmi Zaifura Abdul
          Rahman, Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
          YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin telah
          mewakili Jabatan Agama Islam Perak dan Tn. Haji Harith
          Fadzilah  bin  Abd Halim  telah  menandatangani
          memorandum selaku saksi manakala bagi Yayasan    Dengan termeterainya perjanjian ini diharapkan ianya
          ADDIN, dokumen memorandum telah ditandatangani   dapat mewujudkan kerjasama strategik dalam penawaran
          oleh Encik Mohd Sabri bin Nordin dan En Mohamad Nasir  pembelajaran  dalam  bidang-bidang  yang  bakal
          bin Hassan selaku saksi.
                                                           dikenalpasti dan mendatangkan manfaat kepada ketiga-
          Melalui perjanjian ini, ketiga-tiga pihak telah bersetuju  tiga pihak. Juga diharapkan dapat mempertingkatkan
          untuk menjalin kerjasama berkaitan kajian-kajian  perkembangan keupayaan intelek dalam pembelajaran
          berkaitan Bidang Pengajian Islam dan Tahfiz khususnya  serta program-program yang bakal dilaksanakan.
          dan Bidang Sains Kemanusiaan umumnya disamping
          kerjasama dalam peningkatan kerjaya staf dan guru-
          guru di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan
          Yayasan ADDIIN. Disamping itu, kerjasama-kerjasama
          lain seperti Penerbitan, Penyelidikan, penganjuran
          program bersama, penganjuran seminar dan webinar
          serta bengkel dalam bidang yang difikirkan bersesuaian
          turut dapat dilaksanakan. Selain itu, fakulti juga melihat
          peluang  bagi  pelaksanaan  Program  Pertukaran
          Pensyarah dan pelajar dapat dibuat setelah mencapai
          kata sepakat kelak.




  e-BULETIN FSK                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11