Page 293 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 293
APAKAH PEMIKIRAN ANALITIKAL DAN KREATIF?
PEMIKIRAN ANALITIKAL • Cuba memahami sesuatu perkara secara keseluruhan dengan memahami semua
komponennya (misalnya melihat pelaksanaan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menentukan bagaimana faktor seperti bilangan murid,
kemudahan yang disediakan, mata pelajaran yang diajar dan sebagainya
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran tersebut tanpa membuat apa-
apa penghakiman terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut).
PEMIKIRAN KRITIS • Mengguna pakai kefahaman dan idea yang timbul daripada pemikiran analitikal dan
kemudian menilai kemunasabahan kefahaman atau idea itu berdasarkan kriteria
tertentu.
• Berdasarkan definisi ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa kedua-dua
pemikiran ini sukar dipisahkan pengunaanya dalam kehidupan seharian.
PEMIKIRAN KREATIF • Kebolehan untuk menjana dan menghasilkan idea baru, asli, luar biasa, dan/atau
pelbagai melalui ilham atau gabungan idea yang ada.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

