Page 309 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 309
PEMIKIRAN KREATIF
2 MEMBUAT INFERENS
❑ Langkah ini ialah merupakan langkah yang diambil oleh individu untuk membuat kesimpulan awal yang
mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.
❑ Anda boleh menggunakan kemahiran ini apabila hendak merancang langkah-langkah tindakan atau
membuat pilihan.
❑ Contoh situasi: Anda memandang keluar tingkap dan mendapati daun pokok dalam pasu kelihatan tidak
bermaya dan berwarna kuning.
❑ Untuk membuat inferens kita perlu membuat pemerhatian. Dalam situasi ini, pemerhatian anda adalah
daun tidak bermaya dan berwarna kuning.
❑ Inferens yang boleh dibuat adalah daun tidak bermaya dan kuning kerana kemungkinan tidak disiram
beberapa hari.
❑ Inferens merupakan kesimpulan awal yang boleh menerangkan pemerhatian.
❑ Namun kebenarannya belum diuji kerana penerangan alternatif seperti diserang penyakit juga boleh
dipertimbangkan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

