Page 429 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 429
SOALAN OBJEKTIF RESPON TETAP
ANEKA PILIHAN
✓ Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
✓ Item ini mengandungi satu aspek soalan dan beberapa pilihan jawapan.
PRINSIP MEMBINA ITEM ANEKA PILIHAN
Pokok soalan boleh dalam bentuk pertanyaan atau ayat yang tidak lengkap.
Pilihan jawapan boleh dilambangkan oleh huruf kecil, huruf besar atau nombor.
Soalan hendaklah ringkas tetapi padat. Pilihan jawapan juga perlu ringkas.
Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama.
Jangan biasakan untuk memberikan jawapan “kesemua di atas” atau “tiada satu di atas” sebagai alternatif.
Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesifikasi Ujian.
Pilihan jawapan tidak bertindih / berulang
Susunan dan kedudukan jawapan tidak menunjukkan satu pola yang tetap. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak.
Pokok soalan tidak dijadikan tanda yang dapat membayangkan jawapan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

