Page 24 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 24
BERITA DISEMBER
KUNJUNGAN UNY KE FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN (UPSI)
Kunjungan dari Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) pada 05 Disember 2022 ke Fakulti
Sains Kemanusiaan, UPSI yang dihadiri oleh YBrs Dr. Dyah Respati Suryo Sumunar (M.Si),
YBrs Dr. Muhammad Nursa’ban (M.Pd), YBrs Dr. Nurul Khotimah (M.Pd) dan YBrs Ita
Mutiara Dewi (M.Si) manakala bagi pihak Fakulti Sains Kemanusiaan dipengerusikan
oleh Dr. Norhafiza Mohd Hed, Pn. Izani Idris, En. Sharil Mat Esa dan beberapa pensyarah
Fakulti Sains Kemanusiaan yang lain. Antara skop kerjasama yang telah dipersetujui
bersama adalah termasuklah kolaborasi dalam penyelidikan, pertukaran kakitangan,
mobiliti, LM resiprokal, program mobiliti tidak berkredit (kesukarelawanan, jejak
alumni, program KBAT) serta secara bersama dalam persidangan, penerbitan dan
penyeliaan.
EDISI 3
22 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

