Page 7 - E-Buletin Edisi 2 Bil 1 2022
P. 7

BERITA FAKULTI






                    NOVEMBER 2021






      Majlis Menandatangani Memorandum Pelaksanaan (MoU) UPSI, JAIPk dan Yayasan ADDIN


    Pada 12 November 2021 bertempat di Dewan Sri
    Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti
    Pendidikan  Sultan  Idris  telah  menjadi  saksi
    termeterainya perjanjian persefahaman di antara
    Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam
    Perak dan Yayasan ADDIN. Majlis yang gilang gemilang
    ini turut dihadiri seramai 16 orang delegasi dari Jabatan
    Agama Islam Perak dan 10 orang delegasi dari Yayasan
    ADDIN. Turut hadir sama Tuan Hj. Mohamad Najib bin
    Haji Mohamed, Bendahari, UPSI, wakil Perpustakawan
    UPSI dan Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi
    Korparat, UPSI serta barisan ahli pengurusan fakulti.

            Dokumen perjanjian ini dengan rasminya telah
    ditandatangani oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin
    bin Md Taff, Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan
    Idris dan disaksikan oleh Encik Helmi Zaifura Abdul
    Rahman, Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin telah
    mewakili Jabatan Agama Islam Perak dan Tn. Haji Harith
    Fadzilah  bin  Abd Halim   telah  menandatangani
    memorandum selaku saksi manakala bagi Yayasan            Dengan termeterainya perjanjian ini ia diharapkan
    ADDIN, dokumen memorandum telah ditandatangani    dapat mewujudkan kerjasama strategik dalam penawaran
    oleh Encik Mohd Sabri bin Nordin dan En Mohamad Nasir  pembelajaran bagi bidang-bidang yang bakal dikenalpasti dan
    bin Hassan selaku saksi.                          mendatangkan manfaat kepada ketiga-tiga pihak. Juga
            Melalui perjanjian ini, ketiga-tiga pihak telah  diharapkan  dapat  mempertingkatkan  perkembangan
    bersetuju untuk menjalin kerjasama berkaitan kajian-  keupayaan intelek dalam pembelajaran serta program-program
    kajian berkaitan Bidang Pengajian Islam dan Tahfiz  yang bakal dilaksanakan.
    khususnya dan Bidang Sains Kemanusiaan umumnya
    disamping kerjasama dalam peningkatan kerjaya staf
    dan guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam Perak
    (JAIPk) dan Yayasan ADDIIN. Disamping itu, kerjasama-
    kerjasama  lain  seperti  penerbitan,  penyelidikan,
    penganjuran program bersama, penganjuran seminar dan
    webinar serta bengkel dalam bidang yang difikirkan
    bersesuaian turut dapat dilaksanakan. Selain itu, fakulti
    juga melihat peluang bagi pelaksanaan Program
    Pertukaran Pensyarah dan pelajar dapat dibuat setelah
    mencapai kata sepakat kelak.

  e-BULETIN FSK                                                                                         6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12