Page 52 - flip pibg_Neat
P. 52
Yang Di Pertua PIBG serta seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2020/2021 merakamkan ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada
semua phak yang terlibat dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Sultanah
Asma kali ke 47 tahun 2021 ini. Semoga dengan kehadiran ahli dapat
memberi sumbangan buah fikiran, idea kreatif dan inovasi baru bagi
menggerakkan tenaga PIBG menjadi yang terbaik di persada nasional.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat
semua guru, staf sokongan dan para waris yang saban waktu memberikan
kerjasama dan sokongan padu tanpa jemu terhadap semua aktiviti yang
telah dikelolakan oleh Jawatankuasa PIBG SMK Sultanah Asma. Tanpa
bantuan tuan/puan mustahil perancangan PIBG akan dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Semoga kerjasama dan komitmen ini akan berterusan dan
berkekalan. InsyaAllah, SMK Sultanah Asma akan terus cemerlang dalam
semua aspek pendidikan kurikulum dan kokurikulum untuk menjadi
sekolah yang terunggul di Kedah dan Malaysia.
MESYUARAT AGUNG PIBG
SMKSA 47/2021 49

