Page 3 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2022/2023
P. 3

Amanat Guru Besar




               Dengan lafaz Alhamdulillah,marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa
               syukur ke hadrat Allah s.a.w. dengan izinya buku pengurusan 2021 dapat diedarkan kepada
               semua guru,semoga buku pengurusan ini menjadi lambang komitmen  profesion keguruan
               dan seterusnya meletakkan guru-guru SKMR ke arah budaya GURU DAN KOMUNITI
               BERKUALITI TERAS KEMENJADIAN MURID.

               Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua warga
               SKMR ,mudah-mudahan pada tahun ini kita dapat memperbaharui dan meningkatkan azam
               kita untuk terus mendidik serta melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan dengan penuh
               rasa tanggungjawab sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad S.a.w. “ iaitu jadikanlah kerja
               hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini “

               Bertepatan dengan falsafah sekolah  BERUSAHA SEDAYA UPAYA KE ARAH PENINGKATKAN
               PRESTASI MURID-MURID SECARA MENYULURUH SUPAYA MEREKA MENJADI INSAN YANG
               KAMIL,BERILMU,BERPENGETAHUAN,BERTANGGUNGJAWAB,SEMANGAT
               KEKITAAN,BERDISIPLIN SERTA BERAKHLAK MULIA,maka buku pengurusan ini akan dapat
               menjadi rujukan dan panduan guru serta warga sekolah dalam merancang kerja-kerja sama
               ada rutin PDP atau kerja-kerja DEVELOPMANTEL.

               Ketahuilah kerja-kerja yang terancang dan tersusun rapi sudah tentu menghasilkan sesuatu
               yang berkualiti ,inilah ciri-ciri pendidik bertaraf dunia yang dihasratkan oleh Negara.

               Akhir kata,jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai amal ibadat .Amalan sedemikian
               memerlukan keikhlasan tanpa mengharapkan sanjungan dan puji-ujian daripada orang
               sekeliling.Hakikat ini ,kalau dapat kita hayati dan realisasikannya  Insya Allah sudah tentu
               akan lahir Pendidik atau Murrabi yang Cemerlang.





               CIKGU MD YAZID BIN MD YUSUF
               Guru Besar,
               Sekolah Kebangsaan Melayu Raya,
               81500 Pekan Nanas,
               Pontian,Johor Darul Takzim
   1   2   3   4   5   6   7   8