Page 28 - Perfect PBD Sains THN 4 Edisi Guru
P. 28
Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia
Tahap Penguasaan (TP) Menguasai Belum Menguasai
TP 5: Merumuskan kepentingan gerak balas manusia terhadap
rangsangan
TP 6: Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang tabiat yang perlu
dihindari supaya kerosakan pada organ deria dapat dielakkan serta
mempersembahkannya.
16. Jawab soalan berdasarkan rajah di bawah. S.P. 2.3.3
(a) Berdasarkan rajah di atas, nyatakan gerak balas terhadap rangsangan yang
berlaku.
Kaki ditarik dengan cepat apabila terpijak paku yang tajam.
(b) Apakah organ deria yang terlibat dengan rangsangan gerak balas tersebut?
Kulit
(c) Apakah yang akan berlaku jika budak perempuan itu tidak menarik kakinya?
TP 5
Kaki budak perempuan itu akan cedera lebih teruk.
(d) Berdasarkan jawapan kamu di 16(c), nyatakan dua kepentingan menjaga
organ deria. TP 5
(i) Supaya organ deria tidak luka
(ii) Mengelakkan organ deria kita daripada rosak
17. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. Kumpulkan maklumat tentang tabiat yang
boleh menyebabkan kerosakan pada organ deria yang perlu dielakkan. Gunakan
pelbagai sumber seperti Internet dan perpustakaan untuk mengumpulkan maklumat.
Bentangkan hasil perbincangan kamu. S.P. 2.3.5 TP 6 PAK-21 Pembentangan hasil sendiri
Tandatangan Guru: Tarikh:
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18
Unit 02.indd 18 10/2/20 5:06 PM

