Page 8 - Britannica 39 - Peristiwa Bersejarah
P. 8
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Encik James
Seorang pengembara yang bersemangat. Beliau
mencipta kereta merentas masa kerana hendak
melawat peristiwa bersejarah manusia. Beliau tidak
mendarat di tapak sejarah, sebaliknya mendarat
di halaman rumah Luo Yun. Maka, beliau telah
memulakan pengembaraan yang mendebarkan
bersama dengan Maggy dan Luo Yun.
Luo Yun
Seorang yang berani, tetapi tidak berminat akan
sejarah. Dia sering berasa mengantuk ketika membaca
buku sejarah. Dia telah bertemu dengan Encik James
yang tiba-tiba muncul di halaman rumahnya dengan
menaiki kereta merentas masa. Oleh itu, dia telah
memulakan pengembaraan bersejarah bersama-sama
Encik James dan berasa seronok setiap kali mempelajari
peristiwa bersejarah.
Maggy
Seorang yang suka akan filem dan komik yang
berkaitan dengan sejarah, tetapi tidak berminat
terhadap buku sejarah. Dia telah pergi ke tempat
bersejarah bersama dengan Luo Yun dan Encik
James serta mengalami sendiri keseronokan semasa
mempelajari sejarah.
BritannicaV39_P01-P07_INTRO_BM.indd 7 09/02/2022 12:43 PM

