Page 13 - Syok Praktis PBD (2023) BM TH1
P. 13
KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 Praktis 7
B Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalansoalan
yang berikutnya. KBAT Menganalisis KEMAHIRAN MENULIS
Hargai Sungai
Sungai penting dalam kehidupan kita. Sungai menjadi alat perhubungan
dan pengangkutan. Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman
masih menggunakan sungai sebagai laluan untuk pergi ke sesuatu
tempat.
Sungai juga merupakan sumber bekalan air yang utama kepada
manusia. Air sungai diproses di loji-loji terlebih dahulu sebelum dibekalkan
kepada penduduk.
Aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal menyebabkan
kawasan tadahan air semakin berkurang. Seterusnya, paras air sungai
menjadi semakin cetek akibat mendapan lumpur yang berpunca daripada
pembalakan. Oleh itu, hargailah sungai sebelum terlambat.
1. Apakah peranan sungai?
Peranan sungai adalah sebagai alat
serta .
2. Siapakah yang masih menggunakan sungai sebagai laluan ke sesuatu
tempat?
Masyarakat masih
menggunakan sungai sebagai laluan ke sesuatu tempat.
3. Apakah yang menyebabkan kawasan tadahan air semakin berkurang?
4. Tandakan (✓) pada langkah-langkah yang betul untuk memelihara
sungai.
Langkah-langkah ✓ / ✗
Menjalankan kempen kesedaran
Membuang sampah ke dalam sungai
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 54
Praktis 7.indd 54 24/08/2022 4:35 PM

