Page 41 - Hybrid PBD RBT TG2_Edisi Guru
P. 41
RBT Tingkatan 2 Bab 2(2.1)
4. Jalankan aktiviti di bawah: SP 2.1.3 SP 2.1.4 SP 2.1.5 TP2 TP3 TP4 KBAT Menganalisis, Mencipta, Menilai
AKTIVITI PAK-21 Gallery Walk
(a) Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.
(b) Setiap kumpulan dibekalkan satu sampul yang didalamnya terdapat satu soalan kes atau
masalah untuk dibincangkan.
(c) Guru juga mengedarkan kertas putih dan pen marker kepada setiap kumpulan serta sticky
notes kepada setiap murid.
(d) Guru memberikan masa 15 minit untuk setiap kumpulan melaksanakan tugasan dengan
berbincang dalam kumpulan masing-masing.
(e) Ketua kumpulan akan menulis idea-idea ahli kumpulan pada kertas putih.
(f) Selepas siap, hasil kumpulan akan ditampalkan pada sudut kelas.
(g) Ahli kumpulan lain akan bergerak dari satu hasil kerja ke hasil kerja lain dan dibenarkan menulis
komen pada sticky notes dan menampal di atas hasil kerja kumpulah lain.
(h) Guru akan memberi komen untuk hasil kerja murid.
Contoh soalan kes atau masalah yang perlu dibincangkan:
Soalan A:
Absarina baru pindah ke Cameron Highlands. Dia ingin mengusahakan produk berasaskan
cenderamata. Dia berjumpa dengan anda untuk berbincang untuk membuat produk
perhiasan magnet yang mempunyai identiti Cameron Highlands.
Lengkapkan borang perbandingan berikut untuk membantu Absarina memilih kaedah yang
sesuai.
Pembuatan produk : Perhiasan Magnet Peti Sejuk
Perbandingan Konvensional Moden
Masa Mengambil masa yang lama Mengambil masa yang singkat
untuk menyiapkan. untuk menyiapkan.
Hasil Tidak seragam atau tidak tekal. Seragam atau tekal.
Kos Jika berulang kali dibetulkan Jimatkan kos.
maka kosnya tinggi.
Tenaga Perlu tenaga kerja yang mahir. Perlu pengendali yang mahir.
Kuantiti Terhad. Tidak terhad.
Kualiti Tidak piawai. Piawai.
Estetik Tinggi. Terhad.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16
Bab 02.1 Hybrid PBD RBT Tg2.indd 16 11/08/2021 9:39 AM

