Page 54 - Hybrid PBD RBT TG2_Edisi Guru
P. 54
RBT Tingkatan 2 Bab 2(2.2)
4. Jalankan aktiviti di bawah. SP 2.2.2 TP2 KBAT Menganalisis, Mengaplikasi
AKTIVITI PAK-21 Think-Pair-Share
(a) Bahagikan kelas kepada lima kumpulan.
(b) Guru mengemukakan soalan seperti yang berikut kepada ahli kumpulan.
Rajah di bawah menunjukkan sebuah produk mekanikal.
A
C
B
Berdasarkan rajah di atas,
(i) Namakan produk mekanikal itu.
Sepana boleh laras.
(ii) Namakan bahagian-bahagian yang bertanda A, B, dan C.
A : Rahang tetap.
B : Rahang boleh laras.
C : Nat pelaras.
(iii) Jenis komponen mekanikal yang digunakan dalam peralatan mekanikal itu.
Gear belitan.
(iv) Terangkan secara ringkas bagaimana produk mekanikal ini berfungsi.
Alat ini berfungsi untuk melonggar dan mengetatkan bol dan nat yang
pelbagai saiz. Rahangnya boleh dilaras mengikut saiz yang dikehendaki dengan
melaraskan nat pelaras.
(c) Setiap ahli diberikan masa sebanyak 15 minit untuk mencari jawapan soalan tersebut.
(d) Kemudian, setiap murid dipasangkan dengan yang lain (jika bilangan tidak sekata,
membenarkan tiga orang) untuk membincangkan jawapan mereka.
(e) Akhirnya, guru meluaskan perbincangan ke seluruh kelas dengan memanggil murid untuk
mengemukakan cadangan penyelesaian mereka.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Saya berjaya
• Mengenal pasti komponen mekanikal yang terdapat pada produk yang dipilih
• Menerangkan cara sistem mekanikal berfungsi pada produk yang dipilih
29 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bab 02.2 Hybrid PBD RBT Tg2.indd 29 12/08/2021 8:25 AM

