Page 3 - Raja Eksperimen 28 - Prinsip Achimedes
P. 3
Stesen Sains
Daya apung dalam kehidupan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Oleh sebab cuaca cerah, Soh Woo telah mengajak rakan-rakannya
berkunjung ke taman air. Semasa Soh Woo sedang mandi dengan gembira,
Sim Yi datang dengan membawa makanan. Soh Woo ingin keluar dari
kolam, tetapi tidak berjaya. Maka, dia meminta bantuan Jong Min. Apabila
Jong Min hampir berjaya menarik Soh Woo keluar dari kolam, dia terjatuh
ke dalam kolam kerana ditarik oleh Soh Woo. Akibatnya, mereka telah
bergaduh.
Jong Min: Kenapa awal tarik saya sehingga terjatuh ke dalam kolam?
Soh Woo: Maaflah! Tapi ini bukan salah saya. Awak yang lemah. Tidak
bolehlah salahkan saya.
Jong Min: Saya tarik awak sehabis tenaga. Awak yang terlalu berat!
Sae Won: Kalian berdua silap. Perkara ini disebabkan oleh daya apung.
Apabila Jong Min tarik Soh Woo keluar dari kolam, berat Soh Woo
yang berada di dalam air berkurang. Oleh sebab daya apung
semakin berkurang, maka Jong Min perlu guna lebih banyak
tenaga untuk tarik Soh Woo. Setelah badan Soh Woo benar-
benar keluar dari air, Jong Min perlu menahan berat badan Soh
Woo agar Soh Woo tidak terjatuh ke dalam kolam semula. Jong
Min, badan awak lebih berat daripada Soh Woo ke?
Jong Min: Sudah tentulah tidak! Soh Woo paling kuat makan!
Sae Won: Betul, berat awak lebih ringan daripada Soh Woo! Semasa awak
tarik tangan Soh Woo, badan awak membongkok sehingga
terjatuh ke dalam kolam.
Jong Min: Oh, begitu! Jadi bagaimana saya hendak tarik Soh Woo keluar
dari kolam?
Soh Woo: Tidak perlu! Biar saya keluar guna tangga kolam saja.
ExpV29_P01-P07_INTRO_BM.indd 2 18/03/2021 1:39 PM

