Page 32 - Raja Eksperimen 28 - Prinsip Achimedes
P. 32
Apakah teori ini?
Kulit buah oren mengandungi banyak
udara dan kurang tumpat daripada air. Maka,
buah oren yang berkulit akan terapung.
Buah oren yang tanpa kulit pula lebih tumpat
daripada air. Maka, akan tenggelam ke dalam
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
air. Berdasarkan eksperimen ini, selagi buah
oren kurang tumpat daripada ketumpatan air,
buah oren itu akan terapung.
Oleh sebab kulit buah oren kurang tumpat
daripada air, maka dapat terapung.
Eksperimen 2 Kismis yang Terapung
Orang yang tidak tahu berenang boleh terapung di permukaan air jika mereka
menggunakan pelampung. Hal ini kerana pelampung berisi udara dan udara kurang tumpat
daripada air. Mari kita lakukan eksperimen menggunakan kismis untuk memerhatikan cara
udara membolehkan objek terapung.
Bahan-bahan 10 biji kismis , 2 biji gelas , Air , Minuman bergas
1 Isikan air ke dalam gelas. 2 Masukkan 5 biji kismis lalu perhatikan.
ExpV29_P08-P32_Chap1_BM.indd 31 19/03/2021 11:01 PM

