Page 16 - Britannica 38 - Sastera
P. 16
Homer
Homer ialah orang Yunani purba sekitar abad ke-8 SM. Beliau telah
mencipta dua buah puisi naratif yang bertajuk “Iliad” dan “Odyssey”.
Tiada catatan yang jelas mengenai masa dan tempat kelahiran Homer.
Namun, dipercayai bahawa beliau merupakan seorang lelaki buta yang
dilahirkan di Lonia, Anatolia. Beliau aktif dari abad ke-9 SM hingga abad
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
ke-8 SM. Juga ada yang mengatakan bahawa Homer sebenarnya tidak
wujud. Walau bagaimanapun, “Iliad” dan “Odyssey” ialah puisi naratif
tertua yang dikarang dalam bahasa Yunani purba serta mempunyai nilai
sastera yang tinggi.
Homer (Kira-kira 800 SM – 750 SM)
Betul! Ini salah “Iliad” bukan novel, tapi puisi naratif.
satu adegan Telah wujud sebelum kemunculan
dalam novel novel lagi.
“Iliad”.
Wah, hebatnya!
Ya! Seperti puisi yang berirama, tapi
Puisi naratif? mengandungi cerita yang panjang. Apakah itu puisi
naratif?
Puisi naratif ialah puisi panjang
berbentuk cerita yang merakamkan
fakta sejarah, legenda dan mitos.
Biasanya, watak dalam puisi naratif
ialah pahlawan, tokoh agama dan
juga dewa. Antara puisi naratif
China ialah “Burung Merak Terbang
ke Tenggara” pada Dinasti Han
Timur dan “Hua Mulan” pada Dinasti
Utara.
15
BritannicaV38_P08-P35_CH01_BM.indd 15 27/01/2022 3:44 PM

