Page 28 - Britannica 38 - Sastera
P. 28
Pahlawan Yunani dan Troy
Terdapat banyak pahlawan yang muncul dalam “Iliad”. Ada yang mahir bermain
pedang dan ada yang bijak mengatur strategi demi mencapai kemenangan. Marilah kita
kenali watak utama dalam “Iliad”.
Achilles
Anak kepada Peleus dan dewi laut,
Thetis. Demi memberikan tubuh yang abadi
kepada Achilles, Thetis telah memasukkan
tubuh Achilles ke dalam Sungai Styx. Namun,
kaki Achilles yang tidak terendam di dalam air
sungai itu kerana dipegang oleh Thetis menjadi
kelemahannya. Achilles meninggal dunia
akibat diserang oleh Paris di kakinya. “Kaki
Achilles” yang membawa maksud mengancam
nyawa berasal daripada ini.
Thetis yang merendam Achilles di dalam Sungai Styx.
Hector
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Anak lelaki sulung kepada Priam dan
Hecuba, juga merupakan ketua tentera Troy.
Seorang yang berbudi pekerti dan suka akan
kedamaian. Paling berani dalam kalangan
tentera Troy dan telah mengalahkan banyak
musuh.
Hector yang memarahi adik lelakinya, Paris supaya
menyertai perang.
Odysseus
Sebagai Raja Ithaca di Yunani, Odysseus
ialah pakar strategi yang dikenali sebagai
“hantu yang pintar”. Beliau telah membina
kuda kayu yang besar lalu memuatkan
tenteranya di dalam kuda kayu tersebut. Beliau
berpura-pura menyerah kalah supaya tentera
Troy membawa kuda kayu itu pulang ke Troy.
Pada tengah malam, beliau telah melancarkan
serangan mengejut sehingga membawa
kepada kemenangan Yunani.
Tentera Troy membawa kuda kayu ke dalam kota untuk
mengadakan jamuan perayaan.
BritannicaV38_P08-P35_CH01_BM.indd 27 27/01/2022 3:44 PM

