Page 22 - PBD Plus Sejarah T3 (EG)
P. 22
Fokus KBAT
IDEA Jalan laut Barang dagangan Halangan fizikal Faktor keselamatan Efisien Risiko rendah
Gambar berikut menunjukkan pengangkutan utama pada zaman dahulu dan zaman moden.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
1. Apakah pengangkutan utama yang digunakan untuk membawa barang dagangan pada abad ke-16?
Pengangkutan laut.
2. Jelaskan kepentingan pengangkutan dalam perkembangan kegiatan perdagangan. KBAT Menilai
Membolehkan barang dagangan dibawa dari satu tempat ke tempat lain.
Membekalkan bahan mentah secara pukal untuk kegiatan perdagangan.
3. Pada pendapat anda, apakah halangan yang mengehadkan sumbangan pengangkutan laut? KBAT Menilai
Halangan fizikal seperti laut yang sempit dan sukar dilalui kapal besar. Halangan cuaca seperti laut bergelora
dan jerebu. Masalah keselamatan seperti ancaman lanun dan pencerobohan perairan. Risiko pelanggaran
antara kapal dan pencemaran laut.
4. Apakah jenis pengangkutan yang menjadi pilihan pedagang pada masa hadapan? Berikan hujah anda.
KBAT Mencipta
Pengangkutan udara. Kaedah yang cepat dan efisien. Risiko kerosakan, kehilangan dan kecurian rendah.
Boleh menghubungi kawasan pedalaman dan terpencil. Mengurangkan kos pergudangan kerana bekalan
stok dapat dihantar dengan cepat dan tidak perlu disimpan dengan banyak.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
Kuiz
Gamifikasi
Bab 1
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. PB 15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

