Page 28 - Britannica 28 - Kenderaan
P. 28
Awak mahu Kereta
hasilkan kereta terbang
apa?
Kenapa? sudah pun
dicipta.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Huh
Apa?
Sudah
tentulah kereta
yang boleh
terbang.
Kereta terbang
Sebagai pengangkutan masa depan, kereta terbang yang menggabungkan fungsi pesawat dan
kereta telah menarik minat masyarakat dunia. Berikut merupakan antara kereta terbang yang berjaya
dibangunkan.
PAL-V ONE
Kereta terbang beroda tiga yang dihasilkan oleh syarikat PAL-V dari Belanda
boleh memuatkan dua orang. Tidak dapat berlepas secara menegak. Seperti
helikopter, rotor digunakan untuk terbang. Apabila enjin dimatikan, rotor akan
dilipat secara automatik. Kira-kira 10 minit diambil untuk beralih daripada mod
pesawat ke mod kereta.
TF-X
Konsep kereta terbang yang dihasilkan oleh syarikat
Terrafugia dari Amerika Syarikat. Sayapnya boleh
dilipat dan dapat berlepas secara menegak. Kereta
terbang ini mampu mengelak cuaca buruk secara
automatik. Destinasi perlu dimasukkan sebelum
terbang dan dapat berlepas secara automatik.
AeroMobil 3.0
AeroMobil 3.0 dari Slovakia merealisasikan
sayap yang boleh dibuka dan dilipat. Dibina
menggunakan rangka besi dan salutan
karbon. Menggunakan bahan api sama
seperti kereta, maka minyak boleh diisi di
stesen minyak biasa.
50
BritannicaV28_P31-P53_CH01B_BM.indd 50 31/10/2020 4:44 PM

