Page 36 - Britannica 34 - Kecerdasan Buatan
P. 36

Revolusi perindustrian keempat

                 Revolusi perindustrian bermaksud perubahan besar yang dibawa oleh perkembangan
             teknologi kepada seluruh masyarakat. Revolusi perindustrian keempat berkembang dengan
             laju dan meluas berbanding dengan revolusi yang sebelumnya.


                 Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                   Sejarah revolusi perindustrian
                   Revolusi perindustrian pertama bermula selepas enjin wap yang menggunakan arang batu untuk
                menggerakkan mesin dicipta. Mesin mula menggantikan manusia untuk melakukan sesetengah kerja.
                Pada abad ke-19, dengan penemuan elektrik, revolusi kedua bermula. Kemudian, dengan perkembangan
                teknologi  ruang  angkasa,  perkembangan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  seperti  Internet  dan
                komputer  mencetuskan  revolusi  perindustrian  ketiga.  Kemudian,  dengan  perkembangan  teknologi
                maklumat  dan  komunikasi  yang  maju  seperti  data  raya  dan  Internet  benda,  gelombang  revolusi
                perindustrian keempat melanda dunia.
                 Revolusi perindustrian   Revolusi perindustrian   Revolusi perindustrian   Revolusi perindustrian
                      pertama              kedua               ketiga              keempat









                     Abad ke-18 –        Abad ke-19 –     Separuh kedua abad   Separuh pertama abad
                     abad ke-19          abad ke-20            ke-20                ke-21
                Dengan munculnya enjin   Dengan menggunakan   Revolusi pengetahuan   Revolusi teknologi
                wap di United Kingdom,   petroleum dan keluli   dan maklumat   berdasarkan teknologi
                kilang-kilang telah   sebagai bahan mentah   berdasarkan komputer   maklumat dan komunikasi
                menggantikan bengkel   utama, membolehkan   dan Internet seperti kilang   yang maju seperti
                manual, mesin juga telah   pengeluaran berskala   yang menggunakan   kecerdasan buatan, data
                menggantikan tenaga   besar dan hasil yang   sistem pengeluaran   raya, Internet Benda dan
                kerja manual.        besar dicapai dalam   automatik.        sebagainya.
                                     bidang kimia dan elektrik.



                   Masa kini dan masa depan revolusi perindustrian keempat
                   Revolusi perindustrian keempat ialah sambungan daripada revolusi perindustrian ketiga. Oleh sebab
                perkembangan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi  yang  maju,  nilai  baharu  sedang  dicipta.  Namun,
                sesetengah  berpendapat  bahawa  revolusi  perindustrian
                keempat  menyebabkan  pekerjaan  di  seluruh  dunia
                berkurangan. Pada Januari 2016, dalam Forum Ekonomi
                Dunia  ke-46  yang  diadakan  di  Davos,  Switzerland,
                menyebutkan bahawa kira-kira 7 juta urusan pentadbiran
                dan pekerjaan pembuatan akan hilang, tetapi  kira-kira 2
                juta pekerjaan baharu akan diwujudkan. Ini disebabkan
                teknologi kecerdasan buatan dalam revolusi perindustrian
                keempat berkembang ke tahap yang dapat menangani
                tugas yang kompleks dengan mahir.

                                                              Robot pembedahan digunakan dalam bidang
                                                              perubatan.






         BritannicaV34_P08-P35_CH01_BM.indd   35                                           19/04/2021   1:18 PM
   31   32   33   34   35   36   37