Page 53 - Hybrid PBD 2021 Form 4 - Prinsip Akaun
P. 53

Prinsip Perakaunan  Ting. 4 KSSM  Modul 3 Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

            Kertas      2


             1.  Senaraikan satu contoh bagi
               (a)  Dokumen sumber
               (b)  Dokumen bukan sumber
                                                                                             [2 markah]

             2.  Susun aturkan aliran dokumen-dokumen berikut antara pembeli dan penjual menurut tertib atau
               susunan penggunaannya.
                       Nota Kredit   Penyata Akaun       Resit        Invois       Keratan Cek

                                                                                             [2 markah]
             3.  Dokumen perniagaan digunakan sebelum, semasa, dan selepas proses urus niaga dijalankan.
                Berikan satu contoh dokumen semasa proses urus niaga dan satu contoh dokumen selepas proses urus
               niaga.                                                                       [2 markah]

             4.  Keratan cek berikut adalah milik Omega Enterprise.
           SPM
          2017                         FIRST CITY BANK
                                       Tarikh : 1 Jan. 20X0
                                       Penerima : Haritha Das
                                       Untuk : Sewa Januari 20X0
                                                            RINGGIT   SEN
                                        Baki akhir          25 340     00
                                        Dimasukkan            –         –
                                        Jumlah              25 340     00
                                        Cek ini              1 680     00
                                        Baki                23 660     00
                                        No. Cek: 986432
                Berapakah jumlah wang yang dikeluarkan?                                      [1 markah]

             5.  Katrina Enterprise berhutang sebanyak RM3 600 dengan Hin Lee Holding. Sekeping cek untuk membayar
           SPM  hutang tersebut diterima oleh Hin Lee Holding pada 5 Oktober 20X9 iaitu dalam tempoh kredit dan
          2016  layak menerima diskaun tunai 5%.
                Kirakan diskaun tunai yang diterima oleh Katrina Enterprise.                [2 markah]

             6.  Seorang pemborong menawarkan syarat jualan seperti berikut:


                                          Diskaun niaga 12%.
                                          Diskaun tunai:   3 hari      10%
                                                           14 hari     5%
                                                           30 hari     2%

                Peter memesan barang pada harga senarai berjumlah RM950 daripada pemborang tersebut pada
               1 Januari 20X0 dan menjelaskan bayaran pada 15 Februari 20X0.
                Hitungkan jumlah yang perlu dibayar oleh Peter.                             [2 markah]






           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              50






     03 Modul 3.indd   50                                                                           9/13/21   11:27 AM
   48   49   50   51   52   53   54   55   56