Page 10 - Praktis Pintar KSSM 2022 Sains - Thn 6
P. 10

Sains  Tahun 6  Praktis 2  Manusia


           4. Pembiakan  adalah  penting  kerana  proses  ini  membolehkan  manusia  menghasilkan  anak  dan
             keturunan untuk memastikan spesies manusia terus kekal di alam ini. Jadi hal ini boleh mengelakkan
             manusia daripada pupus.

            2.2   Sistem Saraf
            1. Sistem  saraf  ialah  suatu  sistem  yang  mengawal  fungsi  semua  bahagian  tubuh  manusia  seperti
            Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
             bernafas, bergerak, melihat, berfikir dan sebagainya.
           2. Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu:

              (a)  Sistem saraf pusat
                  •  Terdiri daripada dua organ utama iaitu otak
                    dan saraf tunjang.
                  •  Fungsi otak:                            Sistem  Otak
                                                              saraf
                                                                    Saraf
                    -  Menerima maklumat daripada organ deria   pusat  tunjang
                      dan mengkoordinasi gerak balas
                    -  Mengkoordinasi  tindakan  yang  disedari
                      yang  boleh  dikawal  oleh  manusia  dan
                      tindakan yang berlaku tanpa disedari
                  •  Fungsi saraf tunjang:
                    -  membawa  maklumat  daripada  seluruh
                      tubuh  kepada  otak  dan  daripada  otak
                      kepada seluruh tubuh.
                    -  Mengawal  sebahagian  daripada  tindakan                            Sistem
                      refleks                                                     Rangkaian   saraf
                                                                                  saraf    periferi
              (b)  Sistem saraf periferi
                  •  Terdiri daripada semua saraf yang bercabang
                    daripada sistem saraf pusat.
                  •  Fungsi:
                    -  Menghantar isyarat dari bahagian tubuh ke
                      sistem saraf pusat
                    -  Menghantar isyarat dari sistem saraf pusat
                      ke seluruh bahagian tubuh


           3. Sistem saraf periferi menghubungkan otak
             dan  saraf  tunjang  ke  seluruh  bahagian
             badan.                                           Cara menjaga sistem saraf
           4. Kecederaan  pada  saraf  periferi  akan   ➢  Makan makanan yang seimbang
             menyebabkan saraf ini tidak berfungsi.  ➢  Minum air dengan cukup
           5. Kegagalan   sistem  saraf  periferi   ➢  Tidur dan berehat dengan cukup
             menghantar  isyarat  daripada  bahagian
             tubuh  kepada  otak  dan  saraf  tunjung   ➢  Bersenam dan kekalkan berat badan yang ideal
             menyebabkan  perjalanan  isyarat  dari   ➢  Menjalankan  aktiviti  harian  dengan  postur
             otak  dan  saraf  tunjang  kepada  tubuh   badan yang betul
             manusia akan terganggu.                ➢  Memakai alat pelindung tubuh seperti memakai
           6. Jadi, isyarat yang dihasilkan oleh sistem   topi keledar semasa menunggang motosikal
             saraf  pusat  tidak  dapat  dihantar  ke   ➢  Tidak  merokok,  tidak  mengambil  dadah  dan
             bahagian  badan  yang  lain  dan  begitu   alkohol
             juga sebaliknya.



        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15