Page 9 - Syok Praktis PBD (2023) Sains TH5
P. 9

Nama:	.........................................................................							Kelas:	............................	 	 Tarikh:	............................


             Praktis                                                          Tema 2    Sains Hayat

                   2             Manusia






            SYOK      Belajar



             2.1   Sistem Rangka Manusia
            	1.	 Tulang-tulang	yang	terdapat	di	dalam	tubuh	manusia	membentuk	satu	sistem	yang	dikenali	sebagai
               sistem rangka manusia.
             2.	 Sistem rangka manusia	ini	terdiri	daripada	lima	tulang-tulang	utama	iaitu:



                                                   Tengkorak	–	Melindungi	otak	daripada	bahaya



                                                   Tulang	rusuk	–	Melindungi	organ	dalaman



                                                   Tulang	belakang	–	Menyokong	tubuh




                                                   Tulang	tangan	–	Sebagai	sokongan	dan	pergerakan



                                                   Tulang	kaki	–	Sebagai	sokongan	dan	pergerakan




            	3.	 Semua	tulang-tulang	utama	ini	mempunyai	fungsi-fungsi	yang	tertentu	dalam	tubuh	badan	manusia.
             4.	 Tanpa	sistem	rangka,	manusia	tidak dapat berdiri dan berjalan	dengan	sempurna.
             5.	 Sendi	 ialah	 tempat	 pertemuan	 dua	 atau	 lebih	 tulang.	 Bahagian	 yang	 dibulatkan	 di	 dalam	 rajah
            	 	 di	atas	ialah	kedudukan	sendi	pada	badan	manusia.
             6.	 Kita	 memerlukan	 sendi	 untuk	 menggerakkan	 badan.	 Sendi	 membolehkan	 pergerakan	 dan
               kebolehlenturan	badan.
            	7.	 Fungsi-fungsi	sendi:
               (a)	 Sendi	pada	tulang	leher	membolehkan	pergerakan	kepala	secara	pusingan	atau	lontaran.
               (b)	 Sendi	pada	tulang	bahu,	tulang	tangan	dan	tulang	belakang	membolehkan	pergerakan	bahagian
                  atas	tubuh.
               (c)	 Sendi	pada	tulang	bahu	membolehkan	pergerakan	tangan	ke	belakang,	ke	hadapan,	ke	tepi	atau
                  membuat	putaran.
               (d)	 Sendi	pada	lutut	dan	tulang	pinggul	membolehkan	kaki	dilurus	dan	dibengkokkan.




                                                       7                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






   02 SYOK PBD SAINS THN 5.indd   7                                                             23/09/2022   12:58 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14