Page 8 - Focus KSSR 2022 Sejarah Thn 5
P. 8

Sejarah KSSR  Tahun 5  Unit 1  Institusi Raja Payung Negara


                  1.4      Perubahan pada Institusi Raja
         Unit
              	 1.	 Warisan institusi raja dikekalkan oleh negara Malaysia. Institusi	raja menjadi simbol kedaulatan
          1        dan kebanggaan kita sejak zaman Kerajaan Melayu Awal.
              	 2.	 Institusi raja mengalami beberapa fasa perubahan dari semasa ke semasa.

                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                      Institusi	raja	pada	zaman	Kerajaan	Melayu	Awal
               •	 Ketua	kerajaan negeri baginda ialah raja atau sultan.
               •	 Kuasa mutlak dalam pemerintahan berada di bawah kuasa
                  raja atau sultan.
               •	 Baginda menentukan dasar berkaitan dengan pentadbiran,
                  perundangan, kehakiman dan hubungan diplomatik.
               •	 Para pembesar membantu raja atau sultan dalam urusan
                  pentadbiran	kerajaan.                                        Perbincangan pembesar dan
                                                                                  sultan di balairung seri

                                                      Institusi	raja	pada	zaman	penjajahan	British
                                             •	 Raja atau sultan dikekalkan sebagai ketua	negeri.
                                             •	 Baginda  tidak  mempunyai  kuasa  dalam  mutlak  dalam
                                                pemerintahan.
                                             •	 Baginda merupakan ketua agama	Islam dan adat	istiadat
                                                Melayu di negeri baginda.
                                             •	 Bagi  setiap  negeri,  Penasihat	 British  dilantik  untuk
                  Durbar yang dihadiri oleh Raja   menguruskan pentadbiran negeri.
                   dan pembesar Melayu serta
                        pegawai British

                       Institusi	raja	pada	zaman	pendudukan	Jepun
               •	 Raja atau sultan masih dikekalkan sebagai ketua	negeri.
               •	 Baginda    tidak   mempunyai    kuasa	   mutlak   dalam
                  pemerintahan.
               •	 Baginda hanya merupakan ketua	agama	Islam	dan adat
                  istiadat	Melayu di negeri baginda.
               •	 Pentadbiran negeri-negeri Melayu diuruskan oleh Gabenor	   Pada Disember 1941, tentera Jepun
                  Jepun.                                                        telah memasuki Kota Bharu


                                                       Institusi	raja	selepas	merdeka	hingga	kini
                                             •	 Memperkenalkan sistem Raja	Berperlembagaan.
                                             •	 Kuasa  raja  atau  sultan  tertakluk  di  bawah  Perlembagaan
                                                Negeri.
                                             •	 Menteri	 Besar  mengetuai  pentadbian  negeri  yang  dibantu
                                                oleh Majlis	Eksekutif.
                                             •	 Selepas  merdeka,  institusi  Yang	 di-Pertuan	 Agong
                                                diperkenalkan.
                                             •	 Sembilan	orang	raja	Melayu dipilih sebagai Yang di-Pertuan
                                                Agong secara bergilir.
                 Melafaz sumpah jawatan sebagai  •  Perdana	Menteri	mengetuai pentadbiran negara dan beliau
                     Yang di-Pertuan Agong      dibantu oleh Jemaah	Menteri.


                  4






         01 [FOCUS KSSR SEJARAH Thn5].indd   4                                                         31/03/2022   4:44 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13