Page 16 - skor A UPSR bm_watermark
P. 16

Bahasa Melayu  UPSR  Kertas Model 2

                                                 Bahagian B
                                                 [15	markah]
                                         [Masa dicadangkan:	25	minit]


         Petikan di bawah ini tentang makan bersama-sama keluarga.
         Tulis ulasan tentang aktiviti makan bersama-sama keluarga dalam bentuk perenggan.

         Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


           Makan	bersama-sama	keluarga	merupakan	satu	daripada	aktiviti	kekeluargaan	yang	amat
           penting	sekali.
           	    Ketua	 keluarga	 perlulah	 memastikan	 aktiviti	 makan	 bersama-sama	 keluarga	 dengan
           mengamalkan	 pemakanan	 yang	 sihat.	 Ibu	 pula	 perlulah	 mementingkan	 kebersihan	 dan
           keselamatan	semasa	penyediaan	makanan.

           	    Anak-anak	hendaklah	bekerjasama	dengan	membantu	ibu	di	dapur.	Antara	kerja	yang
           boleh	dilakukan	adalah	seperti	memotong	sayur,	mengupas	bawang,	dan	mencuci	pinggan.
           Ketika	di	dapur,	ahli	keluarga	perlulah	menjaga	keselamatan.	Elakkan	daripada	bergurau	dan
           bermain-main	ketika	memegang	benda	tajam.

           	    Selain	makan	di	rumah,	kita	juga	boleh	makan	di	luar.	Kita	perlulah	memilih	gerai	yang
           bersih.	Ketua	keluarga	perlu	mendidik	anak-anak	supaya	memilih	makanan	yang	berkhasiat.
           Seterusnya,	kita	wajar	mengambil	makanan	mengikut	kadar	yang	perlu	sahaja.	Anak-anak
           perlulah	menjaga	adab	ketika	makan	di	luar.







































         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.            KM2	–	14





    Kertas Model 02.indd   14                                                                     31/12/2019   8:18 AM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21