Page 6 - skor A UPSR bm_watermark
P. 6
Bahasa Melayu UPSR Kertas Model 2
Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Muthu hendak ke pusat beli-belah dengan rakan karibnya, iaitu Aiman, Tee Wei. dan Badrul.
Mereka berjalan dengan menghadap lalu lintas ke stesen bas yang terletak tidak jauh dari
rumah Muthu. Muthu dan rakan-rakan menghampiri jalan utama yang terdapat lintasan
berisyarat. Dia menekan butang lampu isyarat pejalan kaki. Mereka menunggu sehingga
isyarat “orang hijau” bernyala. Apabila isyarat “orang hijau” bernyala, mereka pun melintas
dengan selamat.
Sementara menunggu bas, mereka memerhatikan banyak papan tanda dan penanda
jalan di sekeliling kawasan tersebut yang perlu dipatuhi oleh pengguna jalan raya. Mereka
juga melihat seorang remaja perempuan melintas jalan dengan menggunakan lintasan
belang. Selain itu, terdapat penunggang dan pembonceng motosikal yang mematuhi undang-
undang jalan raya, iaitu dengan memakai topi keledar.
Apabila bas tiba, Muthu dan rakan-rakannya beratur untuk menaiki bas. Setelah
menempuh perjalanan hampir 20 minit, mereka pun tiba di pusat beli-belah. Mereka membeli
keperluan sekolah seperti alat tulis dan buku-buku rujukan. Setelah puas berlegar-legar di
pusat beli-belah tersebut, mereka pun pulang. Tanpa disedari hari sudah malam. Mereka
tidak bimbang akan keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian cerah dan
mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.
18. Apakah kemudahan yang digunakan 20. Pernyataan yang berikut benar tentang
oleh Muthu dan rakan-rakannya untuk petikan, kecuali
melintas jalan raya? A rakan-rakan Muthu beratur sewaktu
A Jejantas menaiki bas.
B Lintasan belang B Muthu melintas jalan dengan
C Laluan pejalan kaki menggunakan lintasan belang.
D Lampu isyarat pejalan kaki C penunggang dan pembonceng
motosikal memakai topi keledar.
19. Mengapakah mereka tidak risau apabila D Muthu dan rakannya pulang dari
berjalan pada waktu malam? pusat beli-belah pada waktu malam.
A Terdapat papan tanda menunjukkan
arah
B Mempunyai kemudahan lampu jalan
C Memakai pakaian yang cerah
D Bersaing semasa berjalan
BAHAGIAN A TAMAT
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM2 – 4
Kertas Model 02.indd 4 31/12/2019 8:18 AM

