Page 7 - praktis best tatabahasa thn 6
P. 7

7                             Kata Tanya






                      Nota Bestari



                                      Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
                                      Contohnya,  mengapa,  berapa,  bila,  dan  bagaimana.  Sekiranya  kata
                                      tanya  dikedepankan,  maka  kehadirannya  hendaklah  disertai  partikel
                                      -kah. Partikel -kah tidak perlu disertakan apabila kata tanya terletak pada
                                      akhir ayat. Murid-murid juga perlu mengakhiri ayat tanya dengan tanda
                                      tanya (?).



                Murid-murid  juga  harus  tahu  bahawa  ada  tiga  bentuk  kata  ganti  nama
                yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana yang
                digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, dan tempat.




                   Kata              Penggunaan                           Contoh Ayat

                apa          bertanya  tentang  perkara,  •  Nama kampung kamu apa?
                             benda, atau tempat            •  Apakah yang dilakukan oleh mereka itu?
                bila         bertanya  tentang  masa  atau  •  Kamu hendak ke Pulau Perhentian bila?
                             waktu                         •  Bilakah ayah akan pulang?
                siapa        bertanya tentang orang        •  Nama sepupu kamu siapa?
                                                           •  Siapakah yang menconteng dinding ini?
                mana         bertanya  tentang  tempat,  •  Rumah awak di mana?
                             benda, atau orang             •  Ke manakah Gopal pergi?
                berapa       bertanya tentang jumlah atau  •  Harga baju ini berapa?
                             bilangan                      •  Berapakah jumlah bola di dalam bakul itu?
                mengapa      bertanya  tentang  sebab  atau  •  Kalian tiba lewat mengapa?
                             punca                         •  Mengapakah kamu bersedih?

                bagaimana bertanya  tentang  cara,  sifat,  •  Keadaan ibu kamu bagaimana?
                             keadaan, atau suasana         •  Bagaimanakah kamu membuat rak ini?


                      Kesilapan Lazim

                                   Salah                                     Betul
                  1.  Bila hari sukan sekolah akan diadakan?   1.  Bilakah hari sukan sekolah akan diadakan?
                   2. Nama kucing kamu siapa?                2. Nama kucing kamu apa?
                   3. Ibu kelihatan amat bimbang mengapakah?  3. Ibu kelihatan amat bimbang mengapa?




                                                         25                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






     21-56 Tatabahasa Th6.indd   25                                                                07/07/2020   8:43 AM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12