Page 17 - Hybrid PBD 2022 Form 1 - Pendidikan Moral
P. 17

Pendidikan Moral  Tingkatan 1  Unit 4

                                                                                                 Tarikh: ............................

                Modul        SP: 2.1.5  Menceritakan perasaan apabila mengamalkan cara hidup beragama atau berkepercayaa
                PBD          SP: 2.1.6  Mempraktikkan hidup beragama atau berkepercayaan                 Buku Teks ms: 42
                PBD
                PBD
                6.  Lihat gambar di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.   TP5    TP6
                                                                                                KBAT  Mengaplikasi / Menilai








                             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved










                  (a)  Bagaimanakah anda menghormati perayaan yang disambut oleh penganjur majlis rumah terbuka?

                      (i)  Memakai pakaian yang sopan dan kemas
                      (ii)  Bertegur sapa dengan penganjur majlis rumah terbuka

                      (iii)  Tidak mengejek pakaian tradisional kaum lain

                  (b)  Jelaskan kepentingan menghormati perayaan yang disambut oleh penganjur majlis rumah terbuka.

                      (i)  Merapatkan hubungan dengan kaum lain kerana wujudnya persefahaman dan pemahaman

                          tentang perayaan yang disambut
                      (ii)  Memupuk perpaduan kaum kerana majlis rumah terbuka memberikan peluang kepada semua

                          kaum untuk berinteraksi dan memahami antara satu sama lain

                      (iii)  Menghargai usaha penganjur majlis rumah terbuka yang menjemput tetamu pelbagai kaum

                          untuk menghadiri majlis tersebut

                  (c)  Jelaskan perasaan anda apabila dapat menyertai majlis rumah terbuka kaum lain.

                      Gembira kerana saya dapat turut serta dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain dan

                      memahami budaya mereka.

                  (d)  Sebagai penganjur majlis rumah terbuka, nyatakan cara anda mempraktikkan hidup beragama atau
                      berkepercayaan semasa menyambut sesuatu perayaan.

                      •  Menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum

                      •  Tidak menghina kepercayaan kaum lain

                  (Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
               Kriteria Kejayaan:
              Saya berjaya:
              •  mempraktikkan hidup beragama atau berkepercayaan dalam kehidupan seharian
              •  mempraktikkan hidup beragama atau berkepercayaan dalam kehidupan seharian secara tekal atau boleh dicontohi


              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                      28





         04-Hybrid P Moral Tg1.indd   28                                                                          14/09/2021   4:54 PM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22