Page 28 - PWR UP SEJARAH TG1
P. 28
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
2.5 Perubahan Zaman Air 2.1.5 Membincangkan perubahan Zaman Air Batu
Batu Akhir Buku Teks Soalan 11 TP3 23
m.s 36 – 37 Soalan 12 TP4
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, Komputer, LCD, klip video
dari Youtube Perbincangan Tiga Serangkai A-B-C Menganalisis
EMK i-THINK Nilai Murni
Pendidikan alam sekitar Peta Bulatan Hormat-menghormati
Cadangan PdPc
1. Guru menunjukkan klip video tentang glasier di Alaska.
https://www.youtube.com/watch?v=n1L8tLLdBMs
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perubahan Zaman Air Batu Akhir.
3. Tajuk yang perlu dibincangkan ialah:
Kesan Perubahan Zaman Air Batu Akhir terhadap Bentuk Fizikal dan Hidupan di Bumi
4. Kaedah perbincangan dalam kalangan murid dilakukan dengan cara:
(a) Murid A bercakap, murid B dan C mendengar dan bertanya soalan.
(b) Murid B bercakap, murid A dan C mendengar dan bertanya soalan.
(c) Murid C bercakap, murid B dan A mendengar dan bertanya soalan.
(d) Murid perlu membuat catatan tentang hasil perbincangan mereka.
5. Murid menjawab soalan dalam buku Power Up Sejarah halaman 23.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Halaman
Penguasaan (TP)
2.6 Kesan Perubahan 2.1.6 Menilai kesan perubahan di Asia Tenggara Soalan 13 TP3
Zaman Air Batu di Asia Buku Teks Soalan 14 TP6 24
Tenggara m.s 38 – 39
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, Peta Pentas Sunda,
Peta Asia Tenggara Kerusi Panas Menilai
EMK i-THINK Nilai Murni
Kelestarian global Peta Bulatan Kesedaran memelihara alam sekitar
Cadangan PdPc
1. Guru menunjukkan gambar peta Pentas Sunda dan peta Asia Tenggara.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kesan perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
4. Setiap kumpulan akan diberi salah satu daripada tajuk berikut dan membuat perbincangan:
(a) Pemanasan global
(b) Kemusnahan hutan
(c) Pencemaran sisa toksik
(d) Kepupusan flora dan fauna
5. Isi perbincangan merangkumi maksud, sebab berlaku dan usaha-usaha mengatasi masalah.
6. Seorang ketua akan mewakili kumpulannya dan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan kelas.
7. Dia akan menjadi “pakar” untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-murid daripada kumpulan yang lain.
8. Semasa aktiviti, murid-murid lain membuat catatan.
9. Murid menjawab soalan dalam buku Power Up Sejarah halaman 24.
EG 6
C00 Pdpc (EG) POWER UP Sej Ting 1.indd 6 14/10/2020 2:20 PM

