Page 28 - Britannica 8 - Cahaya dan Bunyi
P. 28

Wah, macam            Ada banyak lagi                 Kalian tahu
           silap mata!                                       logamaya itu apa?
                              keajaiban pembiasan
                                   cahaya.
                                                                          Ya! Ketika memandu,
                                                                          kita nampak lopak air
                                                                          di depan, tapi apabila
                                                                         semakin dekat, lopak air
                                                                               itu hilang.












                Fenomena ilusi optik ini berlaku apabila    Semasa cahaya menembusi haba,
                  cahaya merambat melalui lapisan          pembiasan berlaku sebab pergerakan
                    udara dengan suhu berbeza.                udara lalu hasilkan logamaya.



                                                                                 Panasnya!
                                                         Ting
                                   Udara panas                              Ting




                                                                Ting







               Logamaya
              Pada   hari   yang   panas,   udara
          berhampiran dengan Bumi akan dipanaskan.
          Udara panas itu mengembang dan menjadi
          kurang  tumpat  secara  optik  berbanding
          dengan udara di lapisan atas yang lebih sejuk.
          Cahaya yang memasuki lapisan udara yang
          panas akan dibiaskan menjauhi garis normal
          secara beransur-ansur. Apabila sinar cahaya
          hampir  sampai  ke  permukaan  Bumi,  sudut
          tuju  melebihi  sudut  genting  dan  pantulan
          dalam penuh berlaku. Apabila sinar cahaya
          merambat dari lapisan udara yang panas ke        Logamaya di jalan raya
          lapisan udara yang lebih sejuk, cahaya terbias
          mendekati garis normal. Oleh itu, sinar cahaya yang berasal dari langit terpantul penuh ke atas dan
          akhirnya memasuki mata pemerhati. Pemerhati akan menganggap cahaya bergerak dalam garis lurus.
          Oleh itu, imej langit dan awan (lopak-lopak air) kelihatan berada di hadapan pemerhati.
                                                                                          63




   BritannicaV8_P44-P93_CH01B_BM.indd   63                                            31/01/2019   1:38 PM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33