Page 12 - PBD Plus BM T5 (EG)
P. 12

Bahasa Melayu  Tingkatan 5  Tema 1


             Kemahiran Menulis

      SP 3.1.1 Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks.
      Berdasarkan petikan di bawah ini, jelaskan maksud perkataan dengan betul mengikut konteks
      pemahaman anda.

         Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan kesihatan ialah keadaan yang merangkumi
         kesihatan seseorang secara menyeluruh meliputi fizikal, sosial, dan mental. Perkembangan kemajuan
         negara yang semakin meningkat turut memberikan kesan kepada peningkatan kes masalah mental
         dalam kalangan rakyat di Malaysia. Buktinya, berlaku peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri
         dan penyakit mental sejak sedekad lalu. Hal ini berlaku kerana kegagalan pesakit untuk mengenal pasti
         tanda dan punca penyakit ini dalam diri mereka sendiri. Penyakit mental yang ada pada diri seseorang
         boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang dapat meletus pada bila-bila masa.
              Penyakit ini bukan sahaja berpunca daripada faktor genetik yang boleh diwarisi daripada ahli
         keluarga yang mempunyai sejarah masalah penyakit mental tetapi juga boleh berlaku disebabkan oleh
         gangguan fungsi bahan kimia dalam otak, jangkitan virus, dan faktor persekitaran yang mencabar.
         Selain itu, kajian juga mendapati bahawa masalah yang dialami oleh kanak-kanak dapat menyebabkan
         berlakunya masalah mental apabila mereka dewasa.
              Kajian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan bagi tahun 2017 bertujuan untuk mengkaji remaja
         yang berusia antara 13 hingga 17 tahun mendapati bahawa satu daripada tiga remaja mengalami gejala
         kemurungan. Selain itu, dua daripada lima remaja dikesan mempunyai sifat keresahan dan tekanan yang
         melampau. Oleh itu, sangat penting bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan awal. Ujian kesihatan
         General Health Questionnaire (GHQ)  banyak memberikan  sumbangan dalam  mengesan penyakit
         mental. Kaedah ini membantu pakar psikiatri untuk mengenal pasti status masalah kesihatan mental
         dan membolehkan rawatan dilakukan. Rawatan yang diberikan meliputi penggunaan ubat-ubatan dan
         pendekatan sokongan. Pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi
         berkelompok, terapi keluarga, dan pendidikan psikologi diberikan kepada pesakit yang mempunyai
         masalah mental yang ringan.
              Tuntasnya, pelbagai pihak perlu meningkatkan  usaha  untuk mengatasi masalah ini. Promosi
         kesihatan mental memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperti sektor kerajaan, swasta, dan
         organisasi komuniti. Tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk mempromosikan kesihatan mental
         sepanjang hayat, iaitu sejak peringkat kanak-kanak lagi. Hal ini adalah untuk mencegah penyakit mental
         daripada berlaku ketika peringkat dewasa dan warga tua.
                   (Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Memahami Masalah Kesihatan Mental’, Portal Myhealth,
                                                                   Kementerian Kesihatan Malaysia)


         Perkataan                                      Maksud
       1.  kesan        bekas, akibat, impak, implikasi
       2.  punca        sebab, faktor

       3.  fungsi       peranan, tanggungjawab, tugas
       4.  masalah      halangan, kekangan, cabaran, kesulitan, rintangan
       5.  bertujuan    bermatlamat, objektif
       6.  sifat        ciri, bentuk, kriteria

       7.  sumbangan    jasa, bakti
       8.  usaha        langkah, cara, kaedah, modus operandi

                                                                                      Praktis Ekstra
                                                                                      Tema 1

      TAHAP PENGUASAAN  1  2  3  4  5  6          3                          © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






 TEMA 01 PBD PLUS BM TG5 1P.indd   3                                                       30/11/2022   10:50 AM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17