Page 8 - Britannica 6 - Alam Semesta
P. 8
Oreon
Pengerusi Kumpulan Odyssey yang telah mengambil
bahagian dalam penyelidikan Kapal Odyssey 01, iaitu
kapal angkasa terbaik. Dia membawa Kosmo dan Aurora
ke angksa lepas dengan menaiki Kapal Odyssey 01.
Berpengetahuan tentang alam semesta. Suka bercerita
dengan kanak-kanak hingga membuatkan Kosmo jatuh
cinta dengan dunia sains.
Kosmo
Budak yang kuat berimaginasi, ceria, rasa ingin
tahu yang kuat dan tidak suka belajar. Keputusan mata
pelajaran Sains paling rendah. Secara tidak sengaja
menerima tawaran untuk mengambil bahagian dalam
pengembaraan angkasa lepas. Ternyata pengembaraan
ini memberi keseronokan kepadanya. Setelah
pengembaraan tamat, dia telah menjadi pelajar di
Institut Penyelidikan Angkasa Lepas.
Aurora
Budak pintar dan berpengetahuan luas.
Keputusan mata pelajaran Sains juga amat cemerlang.
Dia hebat dalam mencongak dan digelar “genius”.
Sesiapa yang baru mengenalinya akan berasa dia
seorang yang sombong. Mulai rapat dengan Kosmo
dalam misi penjelajahan alam semesta. Rasa ingin
tahu dan tahap pemahamannya sangat hebat, maka
dia dapat menguasai pengetahuan alam semesta
dengan cepat.
BritannicaV6_P01-P07_INTRO_BM.indd 7 5/29/19 10:07 AM

