Page 15 - PBD Plus Sejarah T4 (EG)
P. 15

Sejarah  Tingkatan 4  Bab 1

          Kertas 2


        BAHAGIAN        A


          1.  Pembentukan ciri-ciri negara bangsa  kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat. Ciri-ciri
        Buku    negara bangsa berkembang mengikut peredaran masa dan keperluan.
           Teks
         ms.
           4 – 5   (a)  Jelaskan ciri-ciri negara bangsa berikut:
                 (i)  Raja

                     Raja merupakan tonggak utama kerajaan. Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran

                     yang dibantu oleh para pembesar. Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya.
                                  Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
                                                                                                     [2 markah]
                 (ii)  Undang-undang
                     Menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan dan terpakai di seluruh wilayah pengaruh.

                     Dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
                                                                                                     [2 markah]
             (b)  Apakah bukti kesetiaan rakyat Srivijaya kepada Raja mereka?
                 Rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka dengan memium air sumpah dalam upacara

                 persetiaan di Inskripsi Telaga Batu.
                                                                                                     [3 markah]
             (c)  Mengapakah kita harus mempertahankan warisan negara bangsa?
                 Memupuk perasaan cinta akan negara yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian. Mengekalkan

                 kemajuan dan kemakmuran negara. Mengukuhkan jati diri dan identiti sebagai warganegara Malaysia.
                                                                                                     [3 markah]

          2.  Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang tersusun dan sistematik menyebabkan Melaka mampu
        Buku    menjadi empayar terkenal.
           Teks
         ms.
           8 – 9   (a)  Sultan Melaka dibantu oleh Pembesar Berempat. Terangkan tugas pembesar berikut.
                 (i)  Bendahara

                     Bendahara menjalankan tugas sebagai ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera. Beliau
                     juga akan menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan.
                                                                                                     [2 markah]
                 (ii)  Temenggung

                     Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka.
                                                                                                     [1 markah]
                 (iii)  Laksamana

                     Laksamana dilantik sebagai panglima angkatan laut Melaka.
                                                                                                     [1 markah]


        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                       8
   10   11   12   13   14   15   16   17   18