Page 43 - PWR UP TG3 P.ISLAM
P. 43
Pendidikan Islam Tingkatan 3 Pelajaran 7
PBD 1.24.3 Perintah Allah dalam Ayat Buku Teks ms. 43 – 49
PBD
PBD
2. Lengkapkan ruangan kosong di bawah mengenai perintah Allah berdasarkan ayat 30 hingga 31 daripada
surah an-Nur. SP 1.24.3 TP4
(a) Menundukkan pandangan
Menjaga pandangan daripada melihat perkara yang haram seperti aurat manusia yang
bukan mahram.
(b) Memelihara kehormatan
Menjauhkan diri daripada pergaulan bebas yang negatif agar dapat menjaga kehormatan
diri.
(c) Menutup aurat
Memelihara aurat seperti berpakaian yang tidak mendedahkan aurat dan mengikut hukum
syarak.
(d) Bertaubat
Perbuatan kembali kepada Allah SWT dan menyesal dengan bersungguh-sungguh
terhadap dosa yang telah dilakukan.
PBD
PBD 1.24.4 Pengajaran Ayat Buku Teks ms. 50
PBD
3. Jelaskan pengajaran yang anda peroleh daripada ayat 30 hingga 31 surah an-Nur. SP 1.24.4 TP5
Pengajaran ayat
(a) Kita hendaklah menjaga kehormatan diri agar kehidupan dirahmati
Allah SWT.
(b) Kita hendaklah sentiasa bertaubat agar dicintai Allah SWT.
4. Lakukan aktiviti di bawah. TP6 KBAT Mencipta
AKTIVITI PAK-21 Persembahan (power point)
(a) Murid membuat aktiviti dalam kumpulan.
(b) Guru memberikan tajuk “Hikmah menutup aurat”.
(c) Murid berbincang dalam kumpulan tentang tajuk yang diberikan.
(d) Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk power point di hadapan kelas.
Kriteria Kejayaan: ............................................................................................ .
Saya berjaya:
• menghuraikan perintah Allah dalam ayat, iaitu menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang haram, memelihara kehormatan daripada
hubungan yang menyalahi syarak, menutup aurat dan had batasan aurat serta bertaubat
• merumus pengajaran 30 hingga 31 surah an-Nur dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 28
05 POW UP ISLAM TG3 2P.indd 28 28/09/2020 4:32 PM

