Page 23 - PBD Plus P.Perakaunan T4 (EG)
P. 23
Prinsip Perakaunan Ting. 4 KSSM Modul 1 Pengenalan kepada Perakaunan
KERTAS 2
1. Maklumat dalam Penyata Kewangan harus bebas daripada kesilapan dan boleh dibandingkan antara
tempoh perakaunan.
Nyatakan dua ciri kualitatif penyata kewangan berkenaan. [2 markah]
2. Lengkapkan jadual berikut:
Peringkat dalam Kitaran Perakaunan Keterangan
(a) Bukti tertulis bagi sesuatu urus niaga
(b) Pindahan dari Buku Catatan Pertama
[2 markah]
3. Nyatakan prinsip dan andaian dalam perakaunan yang diamalkan bagi situasi berikut:
(a) Faedah belum terima dan iklan prabayar diambil kira oleh kerani akaun untuk menentukan
keuntungan tempoh kewangan itu.
(b) Perniagaan yang dimulakan oleh Mariah akan terus beroperasi untuk suatu tempoh masa yang
tidak tetap.
[4 markah]
4. Kedai Kasut Bala membeli perabot bernilai RM20 000 pada tahun 2021. Susut nilai perabot dikira pada
kadar 20% setahun mengikut baki berkurangan.
Dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2023, perabot direkodkan pada harga asal
walaupun nilainya telah berkurang.
Nyatakan prinsip perakaunan yang diamalkan oleh Kedai Kasut Bala.
[2 markah]
5. Nyatakan sumber modal bagi jenis milikan perniagaan berikut:
Jenis Milikan Sumber Modal
(a) Milikan Tunggal
(b) Koperasi
[2 markah]
6. Nyatakan bentuk organisasi perniagaan berdasarkan maklumat berikut:
Cara Perniagaan Bentuk organisasi
(a) • Modal disumbangkan oleh beberapa orang pemilik perniagaan.
• Diuruskan oleh pemilik peniagaan yang aktif.
(b) • Modal dikumpul daripada orang awam melalui terbitan syer.
• Diuruskan oleh anggota yang dilantik dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
[2 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18 PB © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
01 Modul 1_p1-19_student.indd 18 20/12/2022 8:01 AM

